Bukan Hina Isu Gaza - Aishah

Peserta yang tersingkir dari Allstar Gegar Vaganza 2023 minggu keempat iaitu Aishah menyifatakn segala tomahan yang diterimanya sekarang seperti tembakan peluru yang banyak. Dia juga berkata akan berlawan seperti apa yang di lakukan di Gaza.


Bukan Hina Isu Gaza - Aishah


Aishah berkata; 

“Ada yang tak puas hati bila I enggan menjawab sama ada persembahan I ok ke tidak dan I tak nak menjawab kalau I jawab ‘I will be hit hard like Gaza.'

“Itu bukan suatu penghinaan atau tidak sensitif terhadap isu Gaza. Itu perumpamaan I yang kalau I jawab I akan dibedil hebat oleh orang di luar sana.

“Itu saja, bukan I samakan situasi I dengan penduduk Gaza. Adoi la korang!” tegas Aishah menerusi perkongsiannya di laman sosial.

--

Memang minggu ini Aishah menerima kecaman yang amat dasyat kerana komennya yang mendakwa doa orang yang mahu dia tersingkir telah dimakbulkan. sejak itu namanya menjadi sebutan ramai.

Apa-apa pun kita ucapkan selamat maju jaya buat Aishah di luar sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post