Azharina Menangis belakang stage Allstar Gegar Vaganza Minggu 3

Mendapat komen pedas pada minggu ini membuatkan penyanyi dan bintang allstar gegar vaganza 2023 bernama Azharina menangis ketika diminta mengulas mengenai persembahannya. Kedudukan dalam senarai peserta juga agak merosot apabila dia menghuni kedudukan ke 5 dari bawah.

Azharina bukan menangis sebab komen pedas itu tetapi dia rasa bersalah dengan 4 orang guru yang mengajarnya kerana dia tidak dapat buat yang terbaik dalam persembahan semalam. menurut gempak.com, dua orang guru tersebut adalah Datuk Azizul Khamis dan Cikgu Shafi. Manakala dua lagi nama dirahsiakan sebagai tanda menghormati permintaan mereka utnuk tidak mendedahkan identiti.


Azharina Menangis belakang stage Allstar Gegar Vaganza Minggu 3



Azharina berkata; 

“Saya tidak boleh menipu… Memang ada perasaan bersalah jadi saya menghubungi guru-guru yang mengajar dan saya menangis.


“Sebab saya hiba, saya rasa saya tidak mampu untuk membahagiakan mereka. Saya minta maaf kerana kekhilafan saya, tidak dapat memberikan yang terbaik.


“Itu yang saya sedihkan, yang lain tidak. Saya menitiskan air mata memohon maaf pada cikgu-cikgu saya.


“Kerana pada saya, kita sebagai anak murid harus menghormati orang yang terdahulu sebelum kita. Maafkan saya…


“Saya tidak pernah mengambil berat dan mengambil pusing soal komen sebab komen itu datang dan pergi. Tetapi kesilapan anda pada guru anda itu sememangnya di atas. Saya minta maaf pada guru-guru saya,” katanya sambil menangis teresak-esak.


“Jujur, sebenarnya saya tidak terasa hati dengan komen komen juri kerana mereka ditugaskan, dibayar untuk mencari kesilapan dan menegur kekurangan saya.


“Saya bersyukur dan berterima kasih. Tadi kalau lihat saya minta maaf dengan Tok Ram dan saya juga menelefon guru-guru saya untuk minta maaf.


“Itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang anak seni mempelajari dan menerima kekurangan untuk memberikan yang terbaik.


“Syukur, guru-guru juga semua cakap saya sudah berikan yang terbaik, mungkin hari ini kedengarannya begitu, jadi kita menerima, cuma perbaiki lagi kekurangan yang ada di dalam diri dan persembahan,” jelasnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post