Tokti Backup Liza Hanim

Tokti Backup Liza Hanim. Rakan seperjuangan liza hanim iaitu penyanyi terkenal negara , Datuk Sri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan rakannya itu dan memberi kata-kata semangat kepada Liza Hanim dalam gegar vaganza musim ini.


Tokti Backup Liza Hanim


Tokti Backup Liza Hanim

Siti Nurhaliza menulis komen berbunyi “Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna.

“Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” tulis Siti Nurhaliza.

“My dear sis @lizahanim79, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan / kesungguhan Allah S.W.T janjikan kejayaan! Inilah masanya. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mu sis!” ujarnya lagi.

Liza Hanim membalas komen tersebut

“Allahuakbar terima kasih yang (sayang). Sebak baca komenmu. Semoga semua dapat iktibar dari isu ni dan be kind to one another. Love you,” tulis Liza.

--

Netizen pun semakin lantang bersuara tetapi janganlah sampai menghina bentuk tubuh orang ya. Tak baik dan sangat tidak professional. 

Previous Post Next Post