Telefilem Takkan Gentar

Telefilem Kesukanan, TAKKAN GENTAR merupakan sebuah cerita mengenai pejuangan seorang anak disleksia dalam menyertai aktiviti sukan di sekolahnya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Nafiz Muaz, Fauzi Nawai dan juga Eman Manan. cerita ini mengambil slot cerekarama yang ditayangkan di tv3.


Sinopsis Takkan Gentar


Telefilem ini mengisahkan tentang Omar. Dia yang merupakan seorang jurulatih kampung. Dia merupakan seorang jurulatih yang gigih dan takkan gentar dalam mempersiapkan pelajar disleksia untuk menyertai aktiviti sukan di peringkat sekolah sehingga kebangsaan.


Telefilem Takkan Gentar




Setiap hari Omar akan mengambil Ibrahim dan mengajarnya berlatih berlari. Namun, ibu ibrahim bernama suri tidak suka anaknya menjadi atlet. Suri kurang yakin kemampuan anaknya dan kemudian tidak membenarkan anaknya berlatih lagi.

Si ibu mahu anaknya berjaya dalam pelajaran berbanding dalam bidang sukan. Tetapi Omar tetap berusaha memujuk Suri agar memberi peluang kepada Ibrahim untuk menyertai pertandingan yang sudah dirancang itu.

Pada masa yang sama, Omar berjanji akan memastikan Ibrahim terus belajar dan akan memastikan anak buahnya itu tidak tercicir dalam pelajaran. Akhirnya Suri benarkan anaknya menyertai dan di latih oleh Omar.

Apakah kesudahan cerita takkan gentar ini? kalau nak tahu kenalah tengok sampai habis tau.Sakiskan telefilem Takkan Gentar arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar di slot cerekarama 24 Ogos 2019, jam 930 malam di TV3.

Info dan Pelakon

Telefilem ini disiarkan kali pertama pada 24 ogos 2019 untuk slor cerekarama. Ia merupakan karya arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar. Takkan ada telefilem tanpa pelakon. antara pelakon takkan gentar ini terdiri daripada

  • Nafiz Muaz
  • Eman Manan
  • Fauzi Nawawi
  • Laila Nasir
  • Zarina Zainuddin
  • Kuza (Tengku Sariza)
  • Zulkifli Salleh


Telefilem Takkan Gentar


Aku secara jujur memuji barisan pelakon yang hebat ada dalam cerita ini.tiba-tiba teringat pasal quartet merdeka yang banyak memberi pengajaran kepada kita. Tetapi kali ini takkan gentar banyak mengajar kita mengenai peluang anak-anak disleksia dalam kehidupan seharian.

Mungkin mereka mempunyai masalah belajar tetapi mereka mampu untuk bangkit dan berusaha menjadi seorang atlet yang berjaya. Dalam cerita ini, dengan jelas kita dapat lihat bantuan dari orang sekeliling banyak membantu seorang disleksia menjadi lebih baik.


Penutup


Akhir sekali, telefilem takkan gentar ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan memberi banyak pengajaran kepada kita terutamanya dalam menghargai anak-anak disleksia di sekeliling. teruskan berusahan tanpa rasa gentar dalam mengetengahkan mereka.

Bagi yang belum tonton, boleh tonton semula di saluran tv3 tau.




Post a Comment

Previous Post Next Post