Sinopsis Telefilem Jula Juli Bintang Cinta

Telefilem menarik, Jula juli bintang cinta merupakan sebuah telefilem romantik yang mengisahkan tentang dua orang gadis bekerja di sebuah hotel dan bermulalah pelbagai kisah antara mereka. Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan, dan Ameerul Afendi. Telefilem jula juli bintang cinta ini kali pertama di tayangkan pada tahun 2017 dan akan diulang siar pada tahun 2023 pula.


Sinopsis Telefilem Jula Juli Bintang Cinta

Sebenarnya celoteh dua sahabat jula dan juli dalam cerita ni memang tak akan membuatkan korang bosan. asyik nak gelak jer ditambah pula dengan lawak yang zizan bawa pasti membuatkan korang jatuh hati dengan telefilem ini.


Sinopsis Jula Juli Bintang Cinta

Untuk yang kali pertama tonton cerita ni, Sinopsis Telefilem Jula Juli Bintang Cinta mengisahkan tentang dua orang gadis canik yang baru dibuang kerja. Mereka telah mendapat hadiah percutian di sebuah hotel mewah di Langkawi.

Hadiah hasil penyertaan mereka dalam kontes selfie. Mereka bergaya seperti orang kaya ketika bercuti namun telah berlaku satu perkara yang tidak di ingini. Iaitu salah satu dari diorang berdua ni telah mencuri barang hotel.

Maka mereka perlu ganti rugi dan caranya adalah dengan bekerja di hotel berkenaan. Bagaimanakah kisah pengakhiran mereka berdua? sama-sama kita nantikan.

Info dan pelakon

Telefilem jula juli bintang cinta ini diarahkan oleh Osman ali dan kali pertama ditayangkan pada  25 Mac 2017 dan akan diulang siarkan pada 30 September 2023 ini.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan dan Ameerul Afendi. 

Jangan lupa untuk saksikan keseluruhan telefilem ini di saluran astro citra ya.


Previous Post Next Post