Sinopsis Telefilem Cekelat Semanis Honey

Sinopsis Telefilem Cekelat Semanis Honey mengisahkan tentang seorang wanita yang bercinta dengan seorang artis dan menyedihkan apabila ia mendapat kecaman hebat dari peminat.

Adam merupakan seorang pelakon terkenal dan dia sering dikejar oleh paparazi yang gemar mencari aktiviti hariannya. sehinggalah satu hari dia berjumpa dengan sebuah kafe yang tttersembunyi dan dapat mengelak daripada paparazi. 


Sinopsis Telefilem Cekelat Semanis Honey


Kafe tersebut merupakan milik seorang ibu tunggal bernama maya. Dia memang tak kenal siapa adam sama ada dia orang terkenal atau tidak.

Maka bermulalah bibit percintaaan antara mereka. tapi kenapa peminat adam tidak suka dengan Maya? kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis telefilem ni ya.

Info dan Pelakon Cekelat semanis honey

Skrip telefilem ini ditulis oleh Azmi Ishak dan diarahkan oleh Eyra Rahman. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

Telefilem ini juga mempunyai sambungannya iaitu di cerita cekelat tak semanis honey yang turut mengekalkan barisan pelakon yang sama.

Untuk pelakon cekelat semanis honey ini dibintangi oleh pelakon berikut dan watak mereka adalah; 

  1. Siti Nordiana sebagai Maya
  2. Fikry Ibrahim sebagai Adam
  3. Zulin Aziz sebagai Jiha
  4. Kartina Aziz sebagai Mak Maya
  5. Adam Shahz sebagai Shahrul
  6. Dayang Areeda sebagai Anita
  7. Amanda Hariz sebagai Mia
  8. Nadzmi Adhwa sebagai Rizal

Review

Sebenarnya telefilem ini aku dah tengok sampai habis dah pun. review cekelat semanis honey yang aku boleh bagi adalah pertama jalan cerita dia ringan dan menarik. Tidak memeningkan kepala penonton.

Jadi korang boleh tonton dengan santai dan rileks. yang kedua pula adalah gandingan pelakon dan penyanyi Nana dan Fikry memang menjadi. keserasian mereka menjadi semakin baik selepas itu.

Kalau korang terlepas tayangannya, boleh tonton semula di saluran astro citra pada bulan september 2023 ini ya. Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post