Sinopsis Filem Walid

Filem terbaru, Walid merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang kes penculikan kanak-kanak yang melibatkan sindiket menjual manusia. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Megat Sharizal, Putri Qaseh Izwandy, Namrun dan juga Yusran Hashim sebagai peneraju filem walid.


Sinopsis Walid


Untuk pengetahuan korang, filem walid mengisahkan tentang seorang lelaki bernama walid yang bekerja sebagai seorang guru. Dia sangat baik dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengajar anak-anak di pendalaman.


Sinopsis Filem Walid


Setelah beberapa ketika mengajar di kampung tersebut, dia dapati ada anak muridnya yang tiba-tiba hilang dari kelas. Walid juga mula rasa ada sesuatu yang tidak kena dan cuba mendapatkan maklumat dari masyarakat sekeliling.

Dia juga sempat mendapatkan pertolongan dari kawan-kawannya dan juga klu yang ditinggalkan mereka. Dia juga nekad untuk mencari semula anak-anak muridnya yang hilang. walid menjangkakan yang anak muridnya itu menjadi mangsa penculikan oleh satu agensi penculikan.

Dapatkah walid mencari dan menemukan semula anak muridnya itu? sama-sama kita tonton filem ini di pawagam berdekatan anda.

Info dan pelakon

Selain itu, filem ini juga mengetengahkan aksi pertahankan diri tradisional melayu iaittu silat dan aksi tersebut di lakukan sendiri oleh pensilat negara. 

Tarikh mula tayangan filem adalah pada 14 september 2023 dan karya ini merupakan arahan Areel Abu Bakar dan skripnya ditulis sendiri oleh Areel dan juga Hafiz Derani.


Tarikh Tayangan: 14 September 2023

Penulis Skrip: Areel Abu Bakar, Hafiz Derani

Pengarah: Areel Abu Bakar

Produksi: Layar Pictures Sdn Bhd


Sinopsis Filem Walid



Pelakon

Tak meriah kalah kita tidak kenal siapakah pelakon filem walid ni kan. Sebabnya setiap karya dan jalan cerita yang menarik selalunya mempunyai pelakon yang hebat. antara pelakon dan watak mereka yang terlibat dalam cerita ini adalah seperti 


  • Megat Sharizal sebagai Walid
  • Putri Qaseh Izwandy sebagai Aish
  • Namron sebagai Pak Ku
  • Yusran Hashim sebagai Hamzah
  • Sham Putra sebagai Zuki
  • Fad Anuar sebagai Yakpat
  • Aliff Yasraff sebagai Deris
  • Feiyna Tajuddin sebagai Kinang
  • Taiyuddin Bakar sebagai Sutun


Penutup

Akhir sekali, kalau korang nak tahu kesudahan cerita ini, tiada cara lain adalah dengan menonton di pawagam berdekatan anda. Jalan cerita dia kali ini agak lain dari kebiasaan dan banyak mengetengahkan elemen baru dan unik kepada penonton.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post