Sinopsis Filem Gubra Arahan Yasmin Ahmad

Filem arahan yasmin ahmad, Gubra pernah mencetus fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Mungkin kerana jalan ceritanya yang lebih santai dan berkisar mengenai masyarakat biasa menjadikan ia satu filem yang menarik untuk ditonton. Filem gubra ini ditayangkan pada tahun 2006 yang lalu dan sehingga kini masih ditayangkan di saluran TV tempatan.


Sinopsis Filem Gubra Arahan Yasmin Ahmad


Filem Gubra ini merupakan sambungan daripada filem Sepet. Dalam filem Sepet, didedahkan hubungan gadis Melayu bandar belasan tahun dengan pemuda Cina yang menjual CD cetak rompak haram di pasar-pasar malam. Malangnya pemuda Cina tersebut telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Sinopsis Gubra

Gubra bermaksud bimbang dan khuatir atau risau. Sebenarnya ayat ini digunakan secara meluas di bahagian utara Malaysia dengan penggunaan istilah Gabra. kalau korang pernah pergi ke utara mesti selalu dengar perkataan ni.

Jadi sinopsis filem gubra pula mengisahkan tentang seorang gadis melayu yang bercinta dengan lelaki cina walaupun sudah berkahwin dengan lelaki melayu. 

Pemuda melayu itu juga seorang yang sangat hipokrit. di depan isterinya dia mengatakan yang di sayangkan isterinya tetapi dibelakang, dia juga ada perempuan lain.


Emosi orang Melayu pula ditujah dengan perangai kita sebagai pesakit dan melawat orang sakit. 


Orang Melayu digambarkan sebagai menyalahgunakan menggunakan kemudahan hospital seperti mandi, tidur baring bersama pesakit dan tidak menjaga kebersihan hospital. Maki hamun ditonjolkan dalam filem ini sebagai satu perkara yang lumrah.


Hubungan kaum antara Melayu dengan Cina turut dipaparkan yang menunjukkan sikap orang Cina terhadap bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dan terhadap Singapura.


Info dan Pelakon.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah seperti Sharifah Amani, Adlin Aman Ramlie dan Nam Ron.

Kalau korang belum tonton lagi filem ni, korang boleh tonton semula di saluran astro citra tau. Sebabnya akan ada ulangan siaran filem ini.


Previous Post Next Post