Sinopsis Drama One Million Dollar Voice

Drama terbaru, One Million Dollar Voice menceritakan tentang bagaimana pasukan belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian hidup. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren dan Zarul Umbrella. Drama telah mula ditayangkan sejak 28 Ogos 2023 yang lalu di saluran astro Ria.


Sinopsis Drama One Million Dollar Voice



Sinopsis One Million Dollar Voice


Drama ini mengisahkan situasi di belakang tabir yang melibatkan krew produksi, peserta dan penonton untuk sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.


Penerbit rancangan tersebut adalah TJ. Dia mahu menebus semula maruahnya untuk menaikkan kembali rancangan nyanyian tersebut.


Mereka juga menawarkan hadiah bernilai 1 Juta USD tau untuk menarik minat peserta memburu hadiah berkenaan.


Ali juga tidak lepaskan peluang untuk menyertai rancangan ini. Dia yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.


Manakala Zana pula ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.


Joe pula menyertai rancangan ini adalah untuk membayar hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.


Info dan Pelakon


Drama one million dollar voice ini mempunyai 24 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan pada 28 Ogos 2023. drama ini mengambil slot mega drama yang mana waktu tayangannya adalah pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.


Seperti biasa, drama best ini diarahkan oleh Michael ang dan dibintangi pelakon hebat seperti 

  • Emma Maembong sebagai TJ
  • Ben Amir sebagai Muhammad Ali
  • Amelia Henderson sebagai Zana
  • Lah Ahmad sebagai Joe
  • Layla Sania sebagai Bella 
  • Neeta Manis sebagai Sheila
  • Uriah See sebagai Felix
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Zarul Husin sebagai Karim
  • Keanu Azman sebagai MJ

Bagi korang yang belum tonton lafgi, boleh tonton one million dollar voice ini di saluran astro Ria tau. Selamat menonton.

Previous Post Next Post