Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali

Pelakon Hilang Yang Kembali terdiri daripada Aqasha, Emelda Rosmila dan  juga Nafiz Muaz. Drama ini juga mengisahkan tentang pergaduhan di antara keluarga selepas kehilangan anak mereka sewaktu bercuti di sebuah pulau peranginan.


Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali


Sinopsis hilang yang kembali


Drama ini mengisahkan tenang Fara dan Razif. kedua-dua mereka berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang bernama Daniel dan Danish. Satu hari ketika mereka bercuti di sebuah pulau, Danial telah hilang tanpa meninggalkan jejak. Mereka mencari dan terus mencari namun tidak berjumpa.


Razif meminat Fara dan Danish pulang ke kuala lumpur. Namun fara enggan kerana bimbang anaknya yang hilang itu. tetapi disebabkan razif berjanji tidak akan pulang ke KL selagi dia tidak berjumpa dengan Danial membuatkan fara percaya lalu pulang ke rumah mereka.


Selepas 2 minggu, Razif pulang ke Kuala lumpur tanpa danial menyebabkan Fara marah dan hubungan mereka menjadi tegang. Fara menganggap Razif telah memungkiri janji.


Selang beberapa tahun, Fara dan Razif didatangi oleh seorang lelaki yang memberitahu yang dirinya adalah Danial iaitu anak mereka yang hilang dulu.


Farah pada mulanya rasa tidak yakin tetapi bila Daniel menunjukkan kesan parut pada tangannya maka Fara pun yakin dengan dakwaan jejaka tersebut.


Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial. 


Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?


Info dan Pelaakon


Untuk info tambahan berkaitan drama hilang yang kembali ini. aku kongsikan Pengarahnya adalah Amor Rizan dan ia mempunyai 12 episod keseluruhannya.

Kali pertama disiarkan adalah pada 20 Ogos 2019 dan selesai tayangannya pada 9 September 2019. Antara barisan pelakon dan watak dalam hilang yang kembali ini adalah 


  1. Nafiz Muaz sebagai Danial

  2. Emelda Rosmila sebagai Fara

  3. Aqasha sebagai Razif

  4. Zamarul Hisham sebagai Ikmal

  5. Azhan Rani sebagai Tuan Ismail

  6. Arill Fesol sebagai Danish

  7. Elisya Sandha sebagai Alisa

  8. Kazar Abd Razak sebagai Che Jan

  9. Damia Qaissara sebagai Bunga

  10. Adam sebagai Danial

  11. Syed Irfan sebagai Danish

  12. Nur Auni Zahra sebagai Alisa

  13. Ameer Imran sebagai Randi

  14. Taufiq Hanafi sebagai Berahim

  15. Nur faiqah aqeelah sebagai aqilah


Review

Untuk komen keseluruhan drama ini. aku boleh katakan kualiti hilang yang kembali ini sangat lain berbanding drama-drama yang pernah ditayangkan. Jalan cerita dia yang penuh denga misteri membuatkan kita ternantti-nanti episod seterusnya.

selain itu, banyak juga plot twist dalam cerita ini termasuklah punca sebenar kehilangan danial ada kaitan dengan ahli keluarganya sendiri.

Kalau korang nak tahu, kena tengok sendirilah di saluran tv3.


Previous Post Next Post