Sinopsis Cerekarama Remuk

Cerekarama menarik, Remuk mengisahkan tentang kehidupan seorang warden penjara dan juga seorang lalgi tahanan penjara yang menanti untuk dihukum. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti  Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda dan Wan Sharmila.


Sinopsis Cerekarama Remuk


Cerekarama ini juga disiarkan pada pukul 10 malam di TV3 dan akan diulang siarkan pada 23 September 2023 ini pada jam dan waktu yang sama. Gandingan pelakon kali ini sangat meruntun jiwa tau.

Sinopsis Remuk

Untuk pengetahuan korang, sinopsis cerekarama remuk mengisahkan tentang Zakuan yang bekerja sebagai warden penjara. Tahun ini dia berharap dapat pulang beraya dengan isteri dan anak-anaknya dan membawa mereka pulang ke kampung.

Kisah kedua, Zamri yang merupakan seorang pesalah yang dipenjarakan di tempat yang sama dengan zakuan atas kesalahan membunuh tanpa niat kerana menyelamatkan isterinya dari penjenayah rompakan. 

Pergaduhan antara zakuan dan isterinya mula berlaku apabila cuti raya zakuan dibatalkan atas sebab kekurangan petugas. Isteri zakuan marah dan geram kerana bagi dia zakuan hanya pentingkan kerja daripada dirinya.


Cerekarama Remuk



Manakala zamri pula mengalami kemurungan. Remuk perasaannya apabila memikirkan keadaan isterinya yang akan menyambut hari raya tanpa dirinya untuk kali pertama. Akibat terlallu memikirkan perkara tersebut, keadaan zamri semakin teruk dan di masukkan ke dalam hospital.

Di sana dia dijaga oleh zakuan. Bagaimanakah kesudahan zakuan dan zamri di penjara dan macam manakah mereka menyambut hari raya? sama-sama kita nantikan.

Info dan Pelakon

Tajuk telefilem adalah remuk. Ia disiarkan kali pertama pada hari selasa 4 jun 2019 yang lalu jam 10 malam. Telefilem ini diarahkan oleh Pali Yahya dan EEZ jalaluddin. Antara pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah seperti;

  • Saharul Ridzwan
  • Shukri Yahaya
  • Nabila Huda
  • Wan Sharmila
  • Qistina Raisah
  • Aini Batrisya
  • Keisha Laila
  • Fauziah Nawi
  • Sabri Yunus
  • Qistina Raisah
  • Riz Amin
  • Esma Dainal
  • Meor Mohd
  • Anne Abdullah

Penutup

Bagaimanakah pengakhiran kisah remuk ini? kalau korang nak tahu, kenalah tonton di saluran tv3. Aku nak cerita lebih-lebih pun aku tak tengok lagi tetapi aku yakin dengan barisan pelakon yang ada ni akan menghasilkan jalan cerita yang menarik.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post