Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin

Filem romantik komedi, 7 Minggu Sebelum Kahwin menceritakan tentang perjalanan cinta seorang gadis yang inginkan perkahwinannya yang sempurna. Dapatkah dia membuat persiapan menjelang 7 minggu menghampiri majlis perkahwinannya? Filem ini dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu MK K-Clique dan Nora Danish tau.


Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin



Info dan Pelakon

Filem ini ditayangkan pada 7 Julai 2022 yang lalu dan merupakan karya Pengarah Eyra Rahman. Filem terbitan KRU ini ditulis skripnya oleh Eenaz Mokhtar.

Antara Senarai Pelakon dan watak dalam filem 7 minggu sebelum kahwin ini adalah 

  • Nora Danish sebagai Syifa Hana

  • MK K-Clique sebagai Amar Baharom

  • Ropie Cecupak sebagai Rafi

  • Yassin Senario sebagai Kyle

  • Vanessa Reynauld sebagai Ana

  • Azizah Mahzan

  • Sham Visa sebagai Anuar Riza

  • Alya Iman sebagai Natasya


Sinopsis 7 Minggu sebelum kahwin

Ianya mengisahkan tentang kisah Syifa mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.


Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka. Pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar.


Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas.


Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi, kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle telah diubah oleh nenek Amar.


Setiap masalah yang muncul  telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. Kemunculan Natasha, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.



Previous Post Next Post