Biodata Ayai Peserta GV 10 ALLSTAR

Juara gegar vaganza 1, Ayai Ilusi bakal beraksi dalam pentas gegar vaganza allstar atau lebih dikenali dengan GV10. Pasti ramai yang terimbau dengan kenangan 10 tahun lalu sewaktu kali pertama rancangan ini disiarkan. bagi yang nak berkenalan dengan ayai GV10, jom baca biodata ayai ilusi dibawah ini. 



Biodata Ayai Peserta GV 10 ALLSTAR


Ayai menyahut cabaran untuk beraksi kembali di pentas Gegar Vaganza (GV) dalam edisi All Stars 2023, bersama dengan rakan-rakan penyanyi, termasuk juara dari sembilan musim sebelumnya iaitu Datuk Aishah, Jaclyn Victor, Naqiu, Siti Nordiana, Aliff Aziz, Azharina Azhar, Cliff Umar, Noryn Aziz dan Hady Mirza.


Biodata Ayai Ilusi


Ayai mulakan karier seninya pada tahun 1977 sebagai penyanyi radio RTM. Pada tahun 1986 dia menyertai Bintang RTM dan kemudian selang 2 ttahun kemudian barulah dia menyertai kumpulan Ilusi.


Namun sayang sebab tak bertahan lama, tahun 1993 menjadi tahun kumpulan itu berpecah dan ayai pilih untuk bergerak solo.       


Dengan kumpulan ilusi, antara album yang hit  adalah Dalam Ilusi, Suara Cinta, Keunggulan dan juga Menggapai Pelangi. Ayai juga mengeluarkan album solo bertajuk AYAI ILUSI pada tahun 1995. 


Bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya, Ayai telah berkahwin dengan Isterinya yang bernama Siti Hajar Ali dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aimie Nadia, Aimie Nurin Asyiqin dan Azmeer Arshad. 


Biodata Ayai Peserta Gegar Vaganza 10 ALLSTAR


Profile 

Nama penuh: Zahruddin bin Kamaruddin

Umur: 61 tahun (2023)

TArikh lahir: November 1962

Asal: Johor Bahru, Johor

Keluarga: Anak keenam daripada sepuluh orang adik beradik

Pekerjaan: Penyanyi, Penulis Lagu

Instagram (IG): @ayaiillusi_official

TikTok: @ayaiillusiofficial


 Kita harap ayai dapat perform dengan baik dalam konsert minggu GV10 nanti. Saingan dan cabaran juga makin meningkat. Sudah pasti Ayai juga mahu menjadi juara sulung Allstar kan, jangan lupa beri sokongan anda kepada penyanyi ini.

Semoga berjaya!


Previous Post Next Post