Biodata Aishah Juara Gegar Vaganza 4

Biodata Aishah Juara Gegar Vaganza 4. Siapa tak kenal dengan penyanyi Aishah. Sebelum masuk GV pun kita dah kenal dengan kehebatan penyanyi yang berasal dari negeri sembilan ini. Terbaru untuk tahun 2023, Aishah akan menyertai Allstar gegar vaganza atau gv10 bersama-sama dengan barisan juara gv yang lain tau. Mesti best dapat tengok Aishah menyanyi lagi kan.


Lepas keluar dari kumpulan Fan Club, Aishah balik ke Malaysia dan meneruskan kerjaya muzik solo sehinggakan sampai sekarang dia dikenali sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris. 



Biodata Aishah Juara Gegar Vaganza 4


Kalau nak cakap pasal soal peribadi Aishah pernah berkahwin sebanyak dua kali. Ketika dengan suami pertamanya aishah di kurniakan seorang anak bernama Armand Azhari. Manakala dengan perkahwinan kedua dikurniakan seorang anak bernama Azhad Ahlami.

Sebenarnya Aishah pernah berkahwin buat kali ketiga di selatan Thai sehingga mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu. Namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian.


Biodata Aishah Juara Gegar Vaganza 4

Kami kongsikan biodata aishah kepada peminat-peminat dan juga penyokong gegar vaganza yang memberi sokongan kepada karier juara gv4.


Nama penuh : Wan Aishah binti Wan Ariffin

Tarikh Lahir : 3 Januari 1965 (umur 58)

Asal : Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia

Pendidikan : Ijazah Sarjana (Sains Politik) (Master's Degree) dan Ijazah Sarjana Muda (Perkembangan Awal Kanak-Kanak) (Bachelor's Degree)


Tahun aktif 1983–kini

Anak-anak 2

Aishah Fan Club merupakan nama awal kerana beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan fan club yang terkenal di New Zealand satu ketika dahulu. Korang tahu tak, album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu "Don't Make Me Fall Alone" pada tahun 1990. 

Aishah mula keluarkan album solonya yang pertama pada tahun 1990 bertajuk AISHAH yang dditerbitkan oleh Adnan Abu Hassan. Dalam album itu ada 10 lagu. 2 lagu daripadanya yang berirama melayu berjaya memikat penonton dan pendengar di tanah air dan mendapat sambutan luar biasa.


Biodata Aishah Juara Gegar Vaganza 4


Aishah juga melalui fasa hilang dan muncul sepanjang kariernya. beberapa kali dia menghilangkan diri dan muncul kembali. Begitu juga dengan penyertaanya dalam gegar vaganza 4 pada tahun 2017. Kemunculannya yang pada mula nya agak skeptikal tetapi dia membuktikan yang dia merupakan penyanyi hebat walaupun sudah berusia.

Berikut merupakan senarai Lagu Aishah ketika GV4 dulu.


Minggu 1 "Janji Manismu"

Minggu 2 "Dingin" Ziana Zain

Minggu 3        "Terukir Di Bintang"

Minggu 4 "Ceritera Cinta" (duet bersama Sam Innuendo)

Minggu 5 "Menghitung Hari"

Minggu 6 "Tergantung Sepi"

Minggu 7 "Keranamu Kekasih" dan "River Deep Mountain High"

Minggu 8  "All By Myself" Eric Carmen (dipopularkan oleh Celine Dion)


Selepas menjuarai GV4, Nama Aishah terus menjadi sebutan apabila dia mahu saman penganjur rancangan tersebut kerana gagal menyerahkan hadiah yang dimenanginya. Selepas itu Aishah mendapatkan semula hadiah tersebut dari mereka.


Penutup


Nama Aishah bukanlah satu nama asing dalam dunia seni. kami harap perkongsian mengenai bioata aishah ini dapat memberi info kepada peminat yang baru dan lama mengenali penyanyi hebat ini. Sudah pasti ramai yang merindui kehebatan suarannya di atas pentas nanti. Mampukah dia mengalahkan bintang-bintang muda yang semakin hebat di pentas ALLSTAR nanti?

Sama-sama kita nantikan.



Post a Comment

Previous Post Next Post