Sinopsis Filem Jemputan Ke Neraka

Filem thriller, Jemputan Ke Neraka menceritakan tentang sekumpulan kawan berkumpul di sebuah banglo terpencil untuk meraikan perkahwinan pasangan sehingga pembunuhan kejam misteri mula berlaku di kalangan mereka, membuatkan mangsa yang terselamat hairan mengapa mereka diburu. 


Sinopsis Filem Jemputan Ke Neraka



Sinopsis Jemputan Ke Neraka


Filem ini mengisahkan tentang satu jemputan perkahwinan rakan lama berubah menjadi jemputan ke neraka. Kenapa pula tu? ia adalah kerana pengantin tersebut dijumpai mati kerana dibunuh.


Ivy merupakan seorang kurator balai seni. Dia mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Norman. Satu hari, Ivy meneria jemputan perkahwinan Lisa yang merupakan kawan lama Ivy.


Ketika hari kejadian, Ivy pelik apabila dalam majlis tersebut hanya ada kawan Norman sahaja. Kawan Ivy pula tiada.. kenapa jadi begitu?


Dapatkah Ivy mencari jalan keluar dari neraka tersebut? sama-sama kita saksikan di pawagam.


Info dan Pelakon


Filem jemputan ke neraka ini bergenre Thriller dan merupakan karya arahan Amor Rizan. Skrip juga ditulis sendiri oleh Amor Rizan dan mula ditayangkan pada 22 Jun 2023 yang lalu.


Antara pelakon utamanya adalah seperti; 


  • Janna Nick sebagai Ivy

  • Sharifah Sakinah sebagai Rania

  • Hafreez Adam sebagai Norman

  • Hariz Hamdan sebagai Fiq

  • Amy Nur Tinie sebagai Sofea

  • Nick Syaf sebagai Adam

  • Jasper Supayah sebagai Lisa

  • Alif Hadi sebagai Amar

  • Wafariena Roslan sebagai Salina

  • Aleza Shadan


Sebenarnya filem ini juga bakal disiarkan semula di saluran astro, tapi nanti korang tunggu kemaskini daripada pihak astro yer.


Selamat menonton.


Previous Post Next Post