Sinopsis Drama Semua Salahku

Drama menarik, Semua Salahku pernah mengegarkan dunia drama malaysia apabila barisan pelakon dan juga jalan ceritanya menjadi sebutan dan perbualan rakyat Malaysia. Semua salahku menceritakan tentang kisash seorang wanita yang kehilangan suami terpaksa menyara anak dan ibunya. 


Sinopsis Drama Semua Salahku


Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz dan Syed Aiman. 

Sinopsis Semua Salahku

Drama ini mengisahkan tentang Sofea. Dia merupakan seorang anak derhaka kepada ibunya. Selepas kematian ayahnya, kehidupan sofea dan ibunya berubah dan dia banyak menanggung derita kerana tiada pendapatan duit.


Untuk mendapatkan duit, Ibu sofea memberi cadangan kepadanya untuk bekerja sebagai Juru solek. dan sejak itulah dia mula mendapat duit. Selepas itu, dia berkahwin dengan Iqbal yang menyebabkan dia mengabaikan anaknya si Haris.


Namun perkahwinan mereka tidak lama apabila iqbal terlibat dalam kemalangan dan sofea juga kehilangan wang simpanannya. kenapa semua salahku yang perlu dipertanggungjawabkan ni?


Disebabkan sudah tidak punya wang, sofea mengurangkan duit belanja rumah dan juga duit anaknya. Sofea tak mahu bazir duit terhadap mereka berdua.


Apakah kesudahan cerita ini? kalau nak tahu kenalah tengok sampai habis di saluran TV3. 


Info dan Pelakon


Drama semua salahku ini mempunyai 13 episod dan kali pertama ditayangkan pada 11 julai 2019. Untuk tahun 2023, ia ditaayangkan pada setiap hari sabtu dan ahad jam 6 petang di saluran tv3.


Cerita ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan skripnya ditulis oleh wan mahani hassan. antara barisan pelakon yang terlibat adalah seperti;


  • Fasha Sandha sebagai Sofea
  • Nafiz Muaz sebagai Harris
  • Intan Najuwa sebagai Mira
  • Neera Azizi sebagai Shila
  • Dayang Areeda sebagai Yanti
  • Fauziah Nawi sebagai Fatimah
  • Adiba Yunus sebagai Murni
  • Fadlan Hazim sebagai Iqbal
  • Syed Aiman sebagai Rosli
  • Nafiez Zaidi sebagai Imran
  • Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
  • Zee Zainal sebagai Amri
  • Idham Maulana sebagai Naim

Review penuh drama semua salahku


Pertama sekali, drama ini memang viral sebabnya barisan pelakon yang hebat dan mereka dapat membawa watak dan jalan cerita ddeengan baik. 


Kedua, jalan cerita dia banyak memberi pengajaran kepada penonton terutamanya dalam menjaga keluarga dengan seikhlas hati dan perasaan.


Yang terakhir, kalau korang terlepas tengok siaran pertama, boleh tonton semula di saluran tv3 pada bulan ogos 2023 ya,

Previous Post Next Post