Sinopsis Drama Rajuk Karina

Drama baru tv3, Rajuk Karina menceritakan perhubungan diantara dua sepupu yang rapat menyebabkan mereka cuba di jodohkan namun ada yang berlaku pula. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Hariesa, Yusuf Bahrin, Nazim Othman dan Puteri Aishah. 


Sinopsis Drama Rajuk Karina



Drama adaptasi dari novel tulisan Sufea Hareez ini mula ditayangkan pada 10 Ogos 2023 dan mengambil slot Akasia tau.


Sinopsis Rajuk Kirana


Drama ini mengisahkan tentang keakraban Karina dan sepupunya bernama Mizan. Dia sering menjaga Karina yang lebih muda daripadanya dan hubungan mereka sangat rapat.


Satu hari, Mizan menolak cadangan opahnya untuk mengahwini karina. Ia membuatkan karina kecewa dan cuba move on dengan Saiful. Namun selepas berkahwin, saiful curang dan dia menceraikan karina ketika mengandung anaknya bernama batrisya.


Mujurlah ada Mizan yang menjaganya. Mizan melafazkan kata cinta kepada karina dan akhirnya karina menerima kembali mizan.


Sejak itulah hubungan mereka menjadi lebih baik dan mesra. Namun selepas itu, hubungan mereka diuji dengan kehadiran anum.


Anum mendakwa Mizan telah merogolnya.


Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?


Info dan Pelakon


Drama rajuk karina ini mempunyai 28 episod dan disiarkaan pada setiap hari Isnin hingga jumaat jam 7 malam. Skripnya ditulis oleh Rozie Rashid dan MoonRahdin. Karya ini juga merupakan karya arahan Hariss Fadzillah.


Berikut merupakan senarai pelakon rajuk karina


  • Siti Hariesa sebagai Karina

  • Yusuf Bahrin sebagai Mizan

  • Nazim Othman sebagai Saiful

  • Puteri Aishah sebagai Anum

  • Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya

  • Anne Abdullah sebagai Asmah

  • Shweta Sekhon sebagai Jasmine

  • Zainol Ismail sebagai Pak Mud

  • Sera Melissa sebagai Syakila

  • Fara Nadiah sebagai Shidah

  • Rahim Omar sebagai Dato Kahar

  • Ainina Ahmad sebagai Milah

  • Zarina Zainuddin

  • Abd Manan Sulaiman

  • Haidar Hasanudin sebagai Daniel

  • Neera Azizi sebagai Balqish


Tak sabar nak tahu kesudahan cerita karina ni. bukan apa, jalan cerita dia menarik di tambah pula dengan barisan pelakon yang hebat menjadikan ia anatara drama kena tengok pada bulan ogos ini.


Selamat menonton.


Previous Post Next Post