Sinopsis Bikin Filem

Filem lawak, bikin filem ini menceritakan mengenai seorang bekas bintang filem yang sering terlibat dengan gosip liar mahu membuat sebuah filem. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah dan lain-lain. Sebenarnya cerita ini ditayangkan pada 5 november 2020 yang lalu tau dan kini ia ditayangkan semula di Astro citra.


Sinopsis Bikin Filem


Sinopsis Bikin Filem


Cerita ini mengisahkan tentang seorang bintang filem yang terkenal dengan gossip buruk yang bernama khaty. Dia mahu menerbitkan sebuah filem bertajuk dendam berbalas ia berikutan kes dia mahu bercerai.


Khaty mahu Rahim G diambil sebagai pengarah filem tersebut. ketika dalam proses pengambaran banyak cabaran yang di lalui dan juga banyak adegan lucu yang membuatkan suasana jadi kelakar dan menarik.


korang rasa dapat tak diorang siapkan karya ni? 


Info dan Pelakon


Bagi yang tidak tahu, pengarah untuk bikin filem ini adalah Latiff Zami dan ditayangkan pada 5 November 2020 yang lalu ketika kita PKP.


Berikut merupakan antara pelakon yang membintangi filem ini.


  • Sherry Alhadad

  • Azhan Rani

  • Amerul Affendi

  • Mark Adam

  • Azrel Ismail

  • Sharifah Sakinah

  • Scha Alyahya

  • Erra Fazira

  • Azhar Sulaiman

  • Zain Hamid

  • Jasmin Hamid

  • Syazwan Zulkifly

  • Kodi Rasheed

  • Kamarool Hj Yusoff

  • Ucop


REVIEW BIKIN FILEM

Secara keseluruhannya, Bikin Filem boleh dimasukkan dalam senarai top 10 filem terbaik ketika musim pkp dulu. Mungkin ramai tak tahu mengenai kehebatan filem ini yang mana ia dibarisi pelakon hebat dan mereka berjaya membawa filem ini menjadi santai dan menarik.


Selain mengetengahkan pekerjaan belakang tabir, filem ini juga membantu menaikkan semangat pengkarya filem untuk menghasilkan karya yang lebih menarik di masa akan datang.


Bagi  korang yang belum tengok tu, boleh tonton semula di saluran online ataupun di saluran astro citra ya. Selamat menonton.

Previous Post Next Post