Filem Tarantula X

Filem suspen, Tarantula X menceritakan tentang seorang wanita yang bersifat mata duitan dan kerap menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramlie, Eman Manan, Namron dan Mona Allen. Disamping itu ada juga penampilan khas oleh Datuk Yusof Haslam serta Adeline Tsen.


Filem Tarantula X



Sinopsis Tarantula X


Filem ini mengisahkan tentang shima. Dia merupakan seorang wanita yang mata duitan dan kerap menjalani hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuklah dengan suami rakannya sendiri iaitu si ayu dan liza.


Adam nama suami kepada ayu. Bila dia menjadi lumpuh sejak mendapat serangan jantung, Shima pun pergi ke suami Liza iaitu Anas untuk dapatkan duit.


Satu hari, Liza nak jodohkan Shima dengan Amir iaitu sahabat baik kepada Anas namun Shima menolaknya.


Shima sangat licik,  dia menggunakan selfie diatas katil bersama mangsanya untuk dijadikan senjata mengugut mereka mengikut kehendak dia.


Anas mahu memutuskan hubungan dengan shima dan shima tak duduk diam. Dia minta 1 juta kalau tidak dapat dia akan menyebarkan gambar tersebut.


Satu hari, mayat shima dijumpai dan mereka mensyaki yang shima dibunuh. Persoalannya siapa yang membunuh syima? kalau nak tahu kenalah tengok sampai habis cerita ni.


Info dan Pelakon


Untuk filem menarik ini, ia diarahkan oleh Radzi Rajudin dan skripnya ditulis oleh Mohd Noor Kadir. Antara pelakon utama tarantula x adalah;


  • Adlin Aman Ramlie sebagai Anas

  • Vanida Imran sebagai Ayu

  • Eman Manan sebagai Asp. Anuar

  • Namron sebagai Adam

  • Marisa Yasmin sebagai Liza 

  • Rashid Salleh sebagai Amir

  • Mona Allen sebagai Shima 

  • Jasper Supayah sebagai Ain 

  • Datuk Yusof Haslam sebagai Doktor Yusof Enstein

  • Adeline Tsen sebagai Insp. Wanita


Kalau korang terlepas tayangan dulu, korang boleh tonton semula di saluran astro citra ya. Selamat menonton

Previous Post Next Post