Filem Sumpahan Jerunei cipta fenomena

Filem seram, Sumpahan Jerunei menceritakan tentang sebuah jerunei misteri yang telah menelang ramai korbannya dan ia didatangi oleh seorang pakar yang mahu mencari seseorang di sana.


Untuk pengetahuan korang, filem ini mengetengahkan kisah misteri yang jarang diketahui masyarakat tentang adat budaya dan ritual kaum Melanau pada abad ke-16, iaitu Jerunei yang wujud di Sarawak. 


Filem Sumpahan Jerunei cipta fenomena



Sinopsis Sumpahan Jerunei


Mengisahkan tentang kematian seorang bangsawan kampung yang dihormati oleh tiang kubur. benda itu dipanggil jerunei.


Dr Sani yang merupakan seorang pakar arkeologi mula sedar yang bekas isterinya hilang dalam ekspedisi tersebut ketika dia pergi memeriksa jerunei tersebut. 


Dia nekad untuk ke sarawak untuk mencari bekas isterinya itu.


Kalau korang nak tahu, di sana dia berjumpa dengan arjuna, bee dan Hana serta tommi. Arjuna merupakan bekas anak muridnya, manakala bee dan hana pula pegawai hutan. Tommi pula adalah seorang cameraman dan youtuber.


ketika waktu malam, mereka semua diuji dengan halusinasi misteri sehinggakan mereka mendapati diri mereka berada di tempat yang seram.


lebih menyeramkan, salah seorang daripada mereka dirasuk oleh roh orang yang dikorbankan dalam sebuah jerunei yang menyebabkan keadaan semakin hurru hara.


Dapatkah mereka mencari bekas isteri doktor sani itu? sama-sama kita saksikan.


Info dan pelakon


Filem sumpahan jerunei ini bergenre seram dan tealah mula ditayangkan di pawagam pada 27 Julai 2023 yang lalu. Ini merupakan cerita asal Jason Chong dan Sky Khor dan diarahkan oleh jason Chong tau.


Antara pelakon sumpahan jerunei ini adalah seperti;


  • Bront Palarae 

  • Uqasha Senrose

  • Syafie Naswip

  • Daiyan Trisha

  • Amerul Affendi

  • Tony Eusoff

  • Ruminah Sidek

  • Yuyun Hikmah


Kalau korang dah tengok cerita ni mesti korang perasan yang ada perkara pelik yang berlaku dalam filem ni kan. 


apa-apa pun bagi aku cerita ni best dan menyeramkan. Sesuai untuk ditonton dan mempunyai value tersendiri. memang tak rugi kalau korang bayar duit untuk tonton cerita ni tau.


Selamat menonton.

Previous Post Next Post