Filem Jodoh Syaitan

Filem seram komedi, Jodoh Syaitan yang menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang putus cinta pulang ke kampung dan dijodohkan dengan seorang gadis kegilaan ramai di kampung itu. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Haji Yusoff dan Fauziah Nawi.


Filem Jodoh Syaitan



Filem ini kali pertama ditayangkan pada 5 Mac 2020. Ia merupakan filem terakhir lakonan Abam Bocey yang meninggal dunia sebulan sebelum dikeluarkan dan ia ditujukan khas dalam ingatannya.


Sinopsis Jodoh Syaitan

Filem ini mengisahkan tentang Megat. Dia seorang pemuda kampung yang sering gagal dalam percintaan dan diminta ibunya untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar. 

Pada masa yang sama, Tok Chai bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulup sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku, dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Tok Chai bagi memenuhi hawa nafsunya.


Info dan Pelakon

Antara barisan pelakon filem jodoh Syaitan ini adalah seperti; 


  • Sofi Jikan sebagai Megat

  • Aprena Manrose sebagai Mawar

  • Abam Bocey sebagai Kulup

  • Jay Iswazir sebagai Awang

  • Fauziah Nawi sebagai Mak Timah

  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Tok Salleh


Pengarah filem ini adalah Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Da Motion Media. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Mac 2020.

Kalau korang belum tengok lagi filem ini, korang boleh tonton semula di astro citra tau. Nanti akan ada ulangannya. Selamat menonton.


Previous Post Next Post