Drama Gadis Muzikal

Drama terbaru dan menarik, gadis muzikal yang menceritakan tentang 5 orang gadis yang ingin menjadi popular dan mereka menggapai impian itu? siapakah gadis musik yang dimaksudkan itu? Dilakonkan oleh pelakon hebat seperi Khodi, Fiza Thomas, Aisha Retno dan lain-lain. Drama ini juga sedang hangat ditayangkan di saluran TV3 tau.


Drama Gadis Muzikal


Sebenarnya drama  gadis muzikal ini sudah selesai ditayankan kali pertama pada bulan ogos yang lalu. tetapi TV3 buat keputusan untuk ulang siarkan sekali lagi di bulan september pula. jadi kalau korag terlepas tu boleh tonton semula lah yer.


Sinopsis gadis muzikal


Drama ini mengisahkan tentang lima orang gadis  yang mahu menjadi penyanyi popular. mereka berlima semangat untuk mengejar impian mereka itu. Tetapi jalan untuk berjaya tidak mudah. ada sahaja ujian dan halangan.


ada sahaja adegan khianat antara mereka berlaku. Dapatkah mereka mencapai cita-cita yang mereka inginkan itu?


Sama-sama kita saksikan.


Secara penuh sinopsis gadis muzikal ini mengisahkan tentang Shikin merupakan seorang gadis kampung yang mempunyai impian tinggi untuk menjadi penyanyi terkenal.


 Setiap kali menyanyi, Ezad, yang merupakan rakan baiknya akan sentiasa merakam nyanyian Shikin dan muat naik ke dalam YouTube. 


Namun di setiap video hasilnya, Shikin terpaksa menutup wajahnya kerana ibu bapanya tidak merestui minatnya. Afia pula merupakan rakan Shikin yang mempunyai perwatakan cantik dan ayu. Namun sikapnya yang ‘lurus bendul’ membuatkan dia sering dibuli oleh rakan di pejabatnya.


Sementara itu, Melly pula merupakan seorang yang bijak dalam akademik dan mempunyai vokal yang sangat mengagumkan. Namun Melly tetap mempunyai halangan kerana paras rupanya yang unik. Sementara itu, Una, seorang pekerja di kedai serbaneka merupakan seorang ibu tunggal dan bercita-cita untuk menjadi penyanyi rock terkenal untuk menyara anak dan makciknya. Lulu pula, adalah seorang yang tampak angkuh lagi bergaya seolah-olah seperti artis yang berpengalaman.


Pada suatu hari, Miss Jay diarahkan oleh syarikat rakaman di Kuala Lumpur untuk mencari bintang muda bagi membentuk satu kumpulan bernama Angelz bertujuan untuk mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan penyanyi wanita tanah air. Miss Jay ingin memastikan program realiti itu menjadi program yang hangat dan sensasi di televisyen.


Iklan uji bakat Angelz mula diuar-uarkan. Berlatarbelakangkan keluarga dan jalan hidup yang berbeza, Shikin, Aifa, Una, Lulu dan Melly tidak lepaskan peluang masing-masing untuk mencuba nasib dengan menyertai sesi uji bakat. 


Setelah dinilai oleh Miss Jay, mereka berlima telah terpilih untuk menyertai program realiti ini, lalu mereka berlima telah ditempatkan di satu rumah banglo. 


Demi memastikan program realiti itu mendapat rating yang tinggi, mereka berlima diberikan tugas dan misi yang berbeza setiap minggu. 


Berjayakah mereka melaksanakan tugasan masing-masing? Sejauh manakah semangat gadis muzikal dengan mempunyai semangat juang mereka demi mengejar impian yang terpendam?


Info dan Pelakon


Drama 13 episod ini dijangka akan mula ditayangkan pada 19 ogos 2023 ini. Ia akan ditayangkan pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9 malam. 


Bagi yang tidak tahu, pengarah drama ini adalah Kyoll Hamzah dan skripnya ditulis oleh Irwan Mansor.


Berikut merupakan senarai pelakon gadis muzikal yang terdiri daripada


  1. Fiza Thomas sebagai Una

  2. Aisha Retno sebagai Melly

  3. Serene Claire sebagai Lulu

  4. Mark Adam sebagai Mr. Azwan

  5. Fath Hafeez sebagai Mat Rock

  6. Khodi

  7. Tika Nasir

  8. Hafreez Adam

  9. Rahmad Mega

  10. Azza Elite

  11. Ani Maiyuni

  12. Nadia Kesuma

  13. Halmey Hamdah

  14. Izzrin Irfan

  15. Zuhairi Ibrahim

  16. Fauziah Latiff

  17. Fauziah Ahmad Daud


Bagi korang yang minat dram macam ni, korang boleh tonton di saluran tv3 ya. selamat menonton.

Previous Post Next Post