Cerekarama Purnama

Cerekarama menarik, Purnama menceritakan situasi yang berlaku ketika negara kita di serang oleh komunis yang kejam selama 14 hari. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed dan juga Eira Syazira.


Cerekarama Purnama


Sinopsis Purnama


Cerekarama ini mengisahkan keadaan di sebuah kampung yang bernama Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari. 


Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan. 


Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. 


Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.


Info dan Pelakon


Tajuk telefilem ini adalah PURNAMA dan merupakan karya arahan Yeop hitler. Antara pelakon yang terlibat adalah seperti


  • Remy Ishak

  • Azhan Rani

  • Kodi Rasheed

  • Eira Syazira

  • Zulkifli Ismail

  • Zainol Ismail 


Sebenarnya telefilem kemerdekaan ini pernah ditayangkan kali pertama pada hari ahad 2 september 2018 yang lalu. Ia akan ditayangkan semula pada 26 Ogos 2023 ini.


Kalau korang belum tonton lagi, jangan lupa untuk tonton semula pada hari sabtu ini ya. Selamat menonton.

Previous Post Next Post