Telefilem Sementara Aku Masih Ada

Telefilem rtm, Sementara Aku Masih Ada ini mengisahkan tentang seorang gadis yang sudah insaf dengan kehidupan mangsa lalunya di uji dengan kehadiran seorang jejaka. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Hanna Aqeela dan Nafiz Muaz. Telefilem ini juga ditayangkan sempena maal hijrah baru-baru ini.


Sementara Aku Masih Ada


Sinopsis Sementara Aku Masih Ada


cerita ini mengisahkan tentang alisa yang mana dia mempunyai masa silam yang gelap dan kini dia sudah insaf dan sudah berubah. 


Alisa juga mula jatuh cinta dengan seorang jejaka dan ia bertambah rumit apabila jejaka tersebut sudah mengetahui kisah silam alisa.


jejaka itu pun makin menjauh daripada alisa. Kemudian alisa juga diuji dengan penyakit barah yang dihadapinya.


Dapatkah dia memiliki cinta hatinya atau akan kecundang dalam hidupnya?


Info dan Pelakon


Telefilem ini ditayangkan pada 22 Julai 2023 pada jam 9 malam di saluran RTM. Skripnya ditulis oleh Rais Ahmad dan diarahkan oleh Hafiz Shafie.


Antara pelakon utama dalam sementara aku masih ada ini adalah;


  • Hanna Aqeela

  • Nafiz Muaz

  • Fauziah Nawi

  • Rahim Jailani

  • Aida Khalida

  • Izzat Mustaq

  • Maisara Sufia

  • Daniel Fiq

  • Mak Mah Latah


Ramai yang bagi komen positif untuk cerita ni sebabnya banyak pengajaran yang ditonjolkan dalam telefilem ini. Ditambah pula sempena maal hijrah, ia banyak memberi input kepada penonton untuk berubah menjadi lebih baik pada tahun baru ini.


Bagi korang yang belum tonton tu, boleh tonton semula ya dan selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post