Sinopsis Wifi Sebelah Rumah

Drama wifi sebelah rumah mengisahkan tentang pertemuan seorang lelaki dengan seorang wanita ketika mencari sambungan internet di rumahnya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zul ariffin dan juga ruhainies. Sebenarnya drama ni sudah di tayangkan di disney + dan juga di TV3 pada tahun 2021 tapi ia akan diulang siarkan di saluran yang sama pada tahun 2023 ini.


Sinopsis Wifi Sebelah Rumah


Sinopsis Wifi Sebelah Rumah

Drama ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Ghaz. Dia perlu menggunakan internet dan sambungan wifi atas urusan kerja. Maka dia pun pergi buat kerjanya di sebuah kafe.


Tetapi kafe berkenaan tidak beroperasi selama 24 jam. jadi Gha di halau keluar selepas waktu operasi kafe berkenaan. 


Ghaz tak dapat siapkan kerjanya. Pertemuan ghaz dengan mira di kafe berkenaan membuahkan hasil apabila kebetulan mira merupakan jirannya dan mira juga membantu ghaz dengan memberi password wifi rumahnya.


Sejak itu, perkenalan itu mula membuahkan bibit cinta antara mereka. Tapi ghaz tak berani bertemu dengan bapa mira. sebab apa ? kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis cerita ni.


Info dan Pelakon


Untuk pengetahuan korang, drama ini mempunyai 16 episod keseluruhannya dan anda boleh tonton semuanya di disney+ atau di tv3. Kali pertama ditayangkan di tv3 adalah pada 7 oktober 2021 dan di ulang siarkan pada bulan julai 2023 di saluran yang sama.


Bagi yang tak tahu, skrip drama ini ditulis oleh Nasir Sulaiman, Nana Khalil dan Zyza Backy. Pengarahnya pula adalah Shuhaimi Zulkefli. barisan pelakon wifi sebelah rumah adalah seperti;

  • Zul Ariffin sebagai Ghaz

  • Ruhainies sebagai Mira

  • Keith Foo sebagai Fizi

  • Nurin Afiqah sebagai Shasha

  • Fadlan Hazim sebagai Fendi 

  • Asha Zainul sebagai Zana

  • Ridzuan Hashim sebagai Uncle Sam

  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kathy


Review

Drama ni sangat menarik dan santai ja. gandingan ruhainies dan zul ariffin sangat menjadi dan boleh nampak dengan jelas yang gandingan diorang ni sangat baik. Tak nampak kekok dan sangat melancarkan perjalanan cerita wifi sebelah rumah ni.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ni ya. Selamat menonton.


Previous Post Next Post