Sinopsis My Name Is Lola

Sitkom baru, My Name Is Lola xtra mengisahkan tentang seorang isteri yang baik kepada suaminya telah berpindah ke bandar. Dia juga meninggalkan dunia permodelannya kerana itu. Sebenarnya si Lola ini adalah Lola dalam JKK yang satu kampung dengan pak kodie tu. kalau korang ingatlah ya. Dibintangi oleh pelakon utama my name is lola adalah Ain Edruce dan Izzue Islam.


Sinopsis My Name Is Lola


Sinopsis My Name Is Lola xtra


Drama ini mengisahkan tentang seorang isteri mithali, Lola telah mengikut suaminya, Meor (Izzue Islam), untuk berhijrah ke bandar. 


Dek penghijrahan itu, Lola telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi seorang model supaya dia boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada anaknya yang baru mula belajar berjalan.


Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan kemahiran Lola dalam seni tata rias amat hebat. Namun, perkara yang sama tidak dapat dikata tentang kebolehannya dalam pengurusan rumahtangga.


Bagi mengatasi masalah hariannya, Lola cuba untuk belajar dengan mengikut petua untuk ibu bapa yang diperolehnya menerusi media sosial. 


Lola juga mula berkenalan dengan jirannya yang bernama Sofea (Shiha Zikir). Sofea pula sudah berkahwin bersama Razif (Roy Azman) Tali persahabatan mereka mula erat kerana Sofea sering membantu Lola.


Info dan Pelakon


Siri sitkom pendek ini ditayangkan di saluran TV3 dan dibintangi oleh pelakon my name is lola extra seperti Ain Edruce, Izzue Islam, Shiha Zikir dan Roy Azman.

Dapatkah Lola kembali bersahabat baik dengan jiran-jirannya? sama-sama kita saksikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post