Sinopsis Filem Rumah Madu Ku Berhantu

 Filem komedi seram, rumah madu ku berhantu ini mengisahkan tentang seorang agen hartanah dipaksa menjadi pak sanggup kepada kawan baiknya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zizan Razak, Rita Rudaii dan juga Nadia Brian. Sebenarnya filem rumah madu ku berhantu ini ditayangkan di pawagam pada 2 disember 2021. Cumanya kali ini akan disiarkan semula di saluran astro citra.


Sinopsis Filem Rumah Madu Ku Berhantu

Apa yang ada dekat rumah tu agaknya ya? kenapa madu ku pula yang dirisaukan. Dia kawin dengan hantu ker?

Sinopsis Rumah Madu Ku Berhantu

Filem ini mengisahkan tentang Saufi seorang agen hartanah. Dia yang setia serta bahagia bersama isterinya, Sofea, dan anak perempuannya Lulu. 

Namun keharmonian ini bertukar porak peranda apabila seorang sahabat lama, Ali, telah memaksa Saufi untuk bersetuju menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini bekas isterinya iaitu Alia untuk satu malam sahaja.

Perkahwinan ‘sementara’ antara Saufi dan Alia menjadi rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan.

Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa mereka kini telah bermadu.

Saufi menempatkan isteri keduanya di sebuah rumah banglo usang. Saufi merasai suatu entiti seram mengganggunya di rumah tersebut. 

Pelbagai insiden lucu dan seram hampir menyebabkan Saufi pecah tembelang namun beliau tetap cekal berahsia sehinggalah satu malam yang maha mengerikan.


Info dan Pelakon


Filem ini merupakan karya arahan Abdul Razak Mohaideen. Filem ini akan disiarkan semula di slot astro citra pada 1 julai 2023 tau. Antara pelakon utama rumah madu ku berhantu dalam cerita ini adalah

  • Zizan Razak sebagai Saufi

  • Rita Rudaini sebagai Sofea

  • Nadia Brian sebagai Alia

  • Azlee Jaafar sebagai Ali

  • Saiful Apek

  • Douglas Lim

  • Nurul Qiesrawiyah


Review filem


Ramai yang kongsikan cerita ini sangat menarik dan penuh dengan gelak ketawa. maklumlah Zizan pelakon utamakan. Selebihnya, jalan cerita yang santai dan kena dengan konsep menjadikan ia sebuah karya yang kena tengok sampai habis tau.

Korang pun jangan lupa tonton rumah maduku berhantu di astro citra nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post