Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra

Drama menarik, Wanita Milik Tuan Putra menceritakan tentang seorang lelaki yang kehilangan isterinya mahu memulakan hidup baru bersama dengan insan yang baru menemui jalan yang sukar. Dapatkah dia beradaptasi dengan orang baru itu? Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Intan Najuwa dan Sherry Ibrahim. 


Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra


Cerita ini juga diadaptasi dari novel karya Aunie Ayunie yang juga menggunakan tajuk yang sama tau. Kalau korang dah baca novel, mesti kena tonton drama ni pula. 


Sinopsis wanita milik tuan putra

Drama ini mengisahkan tentang kehadiran Bunga Zinnirah dalam hidup tuan putra mula menimbulkan persoalan. Ditambah pula dia juga sudah lama menjadi duda selepas kematian isterinya sejak sekian lama. 

Bunga dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. 

Namun, dengan bantuan Tuan Putra, Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. 

Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania, kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. 

Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 28 episod dan disiarkan pada 21 Oktober 2022 dan diulang siarkan pada bulan jun dan julai 2023.  waktu tayangan pertama adalah pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 7 malam tau.

Pengarah wanita milik tuan putra adalah Shuhaimi Zulkefli dan skripnya ditulis oleh Amin Shakib, Amar Amir, IB Nawawi, Azmy Ariff dan Azril Hamzah.

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak dalam cerita ini.

  • Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah

  • Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi

  • Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania

  • Natasya Mahyan sebagai Eva

  • Wafariena sebagai Airis

  • Syazuwan Hassan sebagai Emir

  • Hafidz Roshdi sebagai Asmara

  • Badrul Muhayat sebagai Dato Azka

  • Kuza sebagai Datin Luna

  • Kathy Azian sebagai Pn Sri Ainon

  • Enot sebagai Zuridah

  • Eddy Effrimz sebagai Malik

  • Aznah Hamid sebagai Mak Jah

  • Azman Jantan sebagai Pak Jais

  • Kay Maria sebagai Makngah

  • Draman Md sebagai Pakngah

  • Ieka Zulkifli sebagai Rina

  • Farah Wahida sebagai Shiela

  • Ramli Saleh sebagai Ramli

Review wanita milik tuan putra

Disebabkan ia sudah ditayangkan tahun lepas dan aku juga tidak lepaskan peluang untuk menonton. Aku boleh simpulkan yang cerita ni memang menguji kesabaran kita. 

Dengan semua watak memberikan momentum yang sangat baik sampaikan kita juga turut merasa emosi dengan lakonan mereka. Selebihnya aku boleh katakan ini antara drama terbaik yang pernah aku tonton.

Kalau korang belum tengok boleh lah tengok di tv3 tau. Selamat menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post