Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu

Drama romantis, Semanis Senyumanmu mengisahkan tentang seorang tukang masak hebat yang tidak dapat terima apabila masakannya di kritik oleh seorang budak mentah. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. Semanis kah masakan chef itu atau senyumanmu gadis yang terlebih manis sehingga menawan hati jejaka tersebut?


Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu




Sebenarnya drama ini telah ditayangkan pada 7 oktober 2021 di tv3. Ia kini diulang siarkan di saluran yang sama cuma waktunya yang berbeza. Selain itu, korang boleh tonton secara online di Disney+ Hotstar.


Sinopsis Semanis senyumanmu


Drama ini mengisahkan tentang Azim yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian. 

Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. 

Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. 

Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.

Azra membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.


Info dan Pelakon


Drama ini mempunyai 16 episod dan mula ditayangkan pada 7 oktober 2021 yang lalu. Drama semanis senyumanmu ini merupakan karya arahan Faizul Jais dan skripnya ditulis oleh Nur Hussein.

Antara pelakon dan watak mereka yang terlibat adalah;

  • Aiman Hakim sebagai Chef Azim

  • Daiyan Trisha sebagai Azra

  • Shyrim Husni sebagai Naufal

  • Shekeen Waida sebagai Azreen

  • Adib Azlan sebagai Fariz

  • Mia Deen sebagai Nisa

  • Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal

  • Thaqif sebagai Chef Ali

  • Adib Fikri sebagai Chef Fik

Review


Aku boleh katakan yang drama ini sangat lain daripada yang lain. Jarang kita nak tengok drama melayu menceritakan mengenai tukang masak kan. Di samping babak romantis semanis senyumanmu yang akan membuatkan anda tersenyum seorang diri.

Barisan pelakon juga hebat dan tidak nampak ada gap antara mereka. Ini juga faktor penting untuk kelancaran drama ini.

Seterusnya, aku suka jalan cerita dia. Nampak santai dan juga cinematic dia pun sangat baik dan membuatkan kita teruja menanti episod-episod seterusnya.

Itu sahaja yang aku tulis. sebab nanti kalau banyak sangat dia akan jadi spoiler pula kan. hehe selebihnya korang tonton sendiri ya. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post