Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi

Drama TV3, Kisah Cinta Rumi mengisahkan tentang percintaan di antara Rumisa dan juga Mika yang membawa kepada penentangan keluarga masing-masing. Rumi adalah singkatan bagi nama mereka berdua. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Khai Bahar dan Riena Diana. Drama ini juga sempat viral ketika kali pertama di tayangkan di saluran tv3 pada 24 April 2021 yang lalu tau.


Kisah Cinta Rumi


Sinopsis Kisah Cinta Rumi

Drama ini mengisahkan tentang Mika. Dia di ajar oleh ayahnya yang bernama Mahmud untuk mencari pekerjaan dan duit sejak dari kecil lagi.

Namun, Mika terjebak dengan aktiviti haram demi kelangsungan hidupnya. Dia yang membesar di chow kit sering menghabiskan masa mudanya di jalanan dan menjadi budak yang nakal

Rumisa ini pula seorang anak gadis berusia 23 tahun yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Bagi rumisa dia tidak mahu mementingkan status mereka tetapi berlainan pula dengan kehendak ibu dan kakaknya.

Sehinggalah satu pertemuan diantara Mika dan rumisa berlaku. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka? dan apa akan terjadi selepas ibu bapa mereka mengetahui perhubungan mereka? 

sama-sama kita saksikan.

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 13 episod dan kali pertama ditayangkan di TV3 mulai  24 April sehingga 14 Mei 2021 yang lalu. Ia ditayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 9 malam ketika itu.

Kini, drama ini diulang siarkan di tv3 cumanya waktu siaran yang berlainan. Kalau tak silap ia ditayangkan pada jam 2 petang. 

Bagi yang tak tahu, pengarah kisah cinta rumi adalah Idora Abdul Rahman dan skripnya diulis oleh Nieza Nahar dan Azmy Ariff 

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak kisah cinta rumi untuk anda.

  • Khai Bahar sebagai Mika (Mikael Adzim)
  • Riena Diana sebagai Runi (Azra Runisa)
  • Alif Muhaimin sebagai Amin
  • Dynas Mokhtar sebagai Puan Haniza
  • Khairi Anwar sebagai Pak Mahmud
  • Noniswara sebagai Datin Asmah
  • Fadlan Hazim sebagai Bakhtiar
  • Alif Hadi sebagai Jeremy
  • Sharifah Rose sebagai Zahra
  • Hariz Hamdan sebagai Zafril
  • Cahaya Nilam sebagai Raihana
  • Khaty Azian sebagai Puan Sri Normah 
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Datuk Rizal 
  • Gen Darwish sebagai Addin
  • Louisa Chong sebagai Madam Chow
  • Lan Zailan sebagai Mat 
  • Izzendra sebagai Mona 
  • Nada Syuhada sebagai Salmah

Review Drama

Memang cerita ni best dan menarik. Ditambah pula gandingan antara khai dan reina sangat menjadi dan mendapat komen positif daripada penonton. Kalau korang tak percaya, korang kena tengok sendiri di saluran TV3 ya.

Selamat menonton! 

Post a Comment

Previous Post Next Post