Sinopsis Drama Keria Women

Hai semua, drama baru Keria Women menceritakan tentang seorang pengurus besar syarikat meletak jawatan akibat daripada gangguan seksual diterimanya dan mula membuat perniagaan baru. 


Sinopsis Drama Keria Women




Drama ini akan mula ditayangkan tidak lama lagi di saluran TV3 dan dibintangi oleh pelakon cantik manis seperti Rita Nadira, Sharleen dan Fify Azmi.

Sinopis Keria Women

cerita ini mengisahkan tentang Naura, seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat terkemuka yang kecewa setelah menjadi mangsa diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.


Oleh kerana layanan yang tidak adil diberikan oleh bossnya, Naura tidak teragak-agak untuk meletak jawatan walaupun sebelum ini selesa dengan pekerjaannya di situ.


Sally, pembantu peribadi Naura telah mengajak Naura untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka agar Naura dapat menenangkan diri daripada peristiwa tersebut. 


Pada awalnya, Naura berasa janggal dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampung kerana dia telah dibesarkan di bandar sejak umurnya masih kecil.


Cik Mah, ibu kepada Sally merupakan seorang peniaga kuih keria warisan yang cukup terkenal di kampung itu. Naura dapat melihat kuih keria Cik Mah itu berpotensi untuk tembus ke pasaran luar lantaran keistimewaan dan sambutan yang luar biasa. 


Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya. 


Dapatkah dia menjadi usahawan yang berjaya selepas ini? kalau nak tahu kenalah tonton drama ini di saluran tv3.

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 13 episod kesemuanya dan dijangka akan mula ditayangkan pada 8 JULAI 2023. waktu tayangan keria women juga adalah pada hari rabu hingga sabtu jam 9 malam.

Pengarah drama ini adalah Rusdi Ramli dan dibintangi pelakon hebat seperti

Watak Pelakon

  • Rita Nadira sebagai Naura
  • Fify Azmi sebagai Icha
  • Raja Ema sebagai Cik Mah
  • Sabrina Sharleen
  • Ezaidi Aziz
  • Marc Syahmie
  • Muazmeer Mohsin
  • Shy Rim 

Sebenarnya tak sabar nak tengok drama ni kerana ramai pelakon hebat dan nampak jalan ceritanya juga agak lain daripada yang lain. Jadi memang kalau boleh tak nak lepaskan peluang menonton drama ini.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post