Sinopsis Drama Isteri Misteri

Drama viu, Isteri Misteri merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah Sharifah Sakinah, Azira Shafinaz dan Azar Azmi. Isteri Misteri memulakan tayangan perdana serentak di TV3 dan Viu bermula 25 November 2020.


Sinopsis Drama Isteri Misteri



Skrip drama ini ditulis oleh Ayu Amirrol, Maizura Ederis, Baizura Kahar dan Eddie Mazlan. Pengarah drama ini adalah Faisal Ishak dan Esham Shahlin

Bagi yang tidak tahu, drama ini mempunyai 10 episod sahaja dan ditayangkan pada 25 November 2020 sehingga 24 Disember 2020

Sinopsis Isteri Misteri


Drama ini mengisahkan Rizal, seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya. Dengan bantuan pembantunya, Jun, dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri.


Pelakon


Berikut merupakan pelakon isteri misteri yang terkenal itu.


  • Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal

  • Tiz Zaqyah sebagai Emma

  • Sharifah Sakinah sebagai Yatie

  • Azira Shafinaz sebagai Lisa

  • Azar Azmi sebagai Jun

  • Nur Qistina Raisah sebagai Teratai

  • Fikhree Bakar sebagai Mamat

  • Nur Damia Danisha sebagai Orked

  • Nasrizal Ngasri sebagai pengawal keselamatan

  • Khairin Ridzuan Saharudin sebagai Inspektor Alias

  • Kazar Saisi sebagai Yahya

  • Umar Shakur sebagai Adam

Kalau korang dah tengok drama ni, boleh komen dibawah tau. yang bellum tengok tu boleh cari semula di viu ya.



Post a Comment

Previous Post Next Post