Filem Sue On Dilakonkan oleh Dato Awie dan Ropie

Filem baru, Sue-On mengisahkan tentang satu hantu korea yang sering menggangu penduduk kampung dengan cara keluar dari screen tv. Di lakonkan oleh pelakon hebat seperti Dato Awie, Reen Rahim, Ropie, Shawani dan Erra Fazira. Cerita sue on ini ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 6 Julai 2023 yang lalu.


Filem Sue On Dilakonkan oleh Dato Awie dan Ropie


Ramai yang cakap kenapa dalam filem sue on ada watak-watak filem arwah mamat khalid? sebenarnya awie telah meminta izin untuk memasukkan watak-watak itu dalam filem ini. mereka membenarkan dato awie membuat sedemikian.

jadi tak ada isulah yer.


Sinopsis Sue On

 Filem ini mengisahkan tentang Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. 


Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya. 


Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. 


Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah. 


Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

Info dan Pelakon

Filem ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid dan dibintangi pelakon sue on yang hebat seperti

  • Dato’ Awie sebagai Mat Dosa

  • Reen Rahim sebagai Sue-on

  • Ropie sebagai Missnin

  • Shawani sebagai Wanu

  • Alif Rafiq sebagai Alip

  • Shaifullah sebagai Jimi

  • Azlee Senario sebagai Yb Li

  • Nazia Mustafar sebagai Cik Yah

  • Joey Daud sebagai Mat Motor

  • Achey sebagai Pocong

  • Amy Nur Tinie sebagai Pontianak

  • Kamarul Yusoff 

  • Hajjah Erra Fazira 

  • Kumpulan Wings


Setakat ini masih belum ada review yang ditulis oleh penonton. kalau korang dah tengok boleh lah komen ramai-ramai dekat bawah ni ya. kalau belum tengok, pastikan korang tengok dulu yer! selamat menonton!

Previous Post Next Post