Filem Sangkar Lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak

Filem Aksi, Sangkar yang dibintangi oleh Zul Ariffin dan Remy Ishak merupakan sebuah drama martial art pertama Malaysia. Ia mengisahkan tentang seorang pejuang MMA yang sombong kerana menjadi juara dengan taktik kotor. Ia merupakan sebuah filem terbitan Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.


Filem Sangkar Lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak


Info dan Pelakon Sangkar

Kali pertama ia ditayangkan di pawagam adalah pada 29 ogos 2019 dan ini merupakan karya arahan Kabir Bhatia. Antara pelakon yang terlibat adalah;

  • Zul Ariffin

  • Remy Ishak

  • Mira Filzah

  • Achey Bocey

  • fadlan Hazim

  • James Mcsweeney

  • Carliff Carleel

  • Andy Teh

  • Rashid Salleh

  • Ray Era

  • Nik Adam Mika

  • Niezam Zaidi

  • Arman Graseka


SINOPSIS SANGKAR 

Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. 

Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. 

Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. 

Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan itu telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. 

Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

Agaknya apakah kesudahan filem ini? jom sama-sama kita saksikan!


Previous Post Next Post