Filem Dekatnya Cinta

Filem menarik, Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri bernama adam dan hawa yang bahagia berubah selepas munculnya orang ketiga. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa sebagai pelakon utama untuk filem ini. Sebenarnya karya ini merupakan karya arahan Feroz kader dan ditayangkan pada 13 Mei 2021 di pawagam tau.


Filem Dekatnya Cinta



Sinopsis Dekatnya Cinta


Filem romatis ini menceritakan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). 


Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian. 


Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). 


Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.


Kini, Adam Mukhriz dan Ain mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. 


Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba diuji. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. 


Akhirnya Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. 


Adam salah faham. Ain cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.


Info dan pelakon


Bagi yang tak tahu, filem ini merupakan gandingan pertama aaron aziz dan juga nadiya nissa selepas 8 tahun tidak digandingkan bersama tau. Antara watak dan pelakon dekatnya cinta ini adalah

  • Aaron Aziz sebagai Adam Mukriz

  • Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani

  • Farah Nabilah sebagai Zulaika

  • Fazley Yaakob sebagai Profesor Yusoff

  • Nadya Syahera sebagai Nadira

Review

ramai yang bagi review best untuk cerita ni. tapi mungkin faktor PKP dan sebagai menyebabkan filem dekatnya cinta ini agak tenggelam sikit. Masa tu kan ramai yang masih takut nak keluar rumah dan sebagainya.

Jadi tak ramai yang bercakap mengenai filem menarik ini. kalau korang nak tonton filem ini boleh tonton semula di saluran astro citra tau! selamat menonton!

Post a Comment

Previous Post Next Post