Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Anna Jobling

Drama TV3, terima kasih cinta mengisahkan tentang percintaan di antara seorang duda yang mempunyai dua anak dengan seorang anak gadis. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira dan Azrel Ismail. Bagaimanakah kesudahan cerita cinta antara mereka berdua? Ayuh sama-sama kita saksikan.


Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Anna Jobling


Sinopsis terima kasih cinta

Drama ini mengisahkan tentang An yang terjumpa dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya. 


Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas dari An. 


Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi; ibu saudara An, untuk menjaga kedua anaknya itu tatkala dia bertugas malam. 


Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Razlan bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengota janjinya. 


Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami. 


Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujang. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak akan wujud di antara mereka? 


Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? 


Apakah An sekadar dijadikan pengasuh dan penjaga ke dua orang anaknya?

Info dan Drama


Bagi yang tak tahu, drama terima kasih cinta ini mempunyai 20 episod keseluruhannya dan kali pertama ditayangkan adalah pada 30 November 2022. Ia akan diulang siarkan pada bulan julai 2023 tau.


Waktu tayangan pertamanya adalah pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam di slot akasia. drama ini juga merupakan karya arahan Azri Izhar dan merupakan adaptasi dari novel Aisya Sofea. Skrip drama pula ditulis oleh Ayuni Zamani.


Berikut merupakan senarai pelakon terima kasih cinta yang terdiri daripada


  • Amar Baharin sebagai Dr Harris

  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana

  • Rita Nadira sebagai Dr Nora

  • Azrel Ismail sebagai Razman

  • Aida Khalida sebagai Ummi

  • Maryam Annisa sebgai Lea

  • Kiky Hannah sebagai Yaya

  • Noniswara sebagai Tokma

  • Azhar Amir sebagai Tokpa

  • Faez Malek sebagai Dr Adam


Review


Aku sempat tengok tayangan pertama hari tu dan aku suka nak bagi tahu yang drama ni trending dan diminati ramai. Jalan cerita dia juga menarik dan lain daripada lain. Banyak mengetengahkan elemen dendam dan iri hati yang membuatkan penonton geram apabila menonton setiap episod mereka.


Jadi kalau korang terlepas hari tu, boleh tonton semula di saluran tv3!


Post a Comment

Previous Post Next Post