Drama Obsesi Dia Lakonan Sophia Albarakbah dan Zahiril Adzim

Drama baru, Obsesi Dia mengisahkan tentang seorag gadis yang terlihat satu kes pembunuhan dan dia juga diugut oleh pembunuh agar tidak mendedahkan peristiwa berkenaan. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Zahiril Adzim dan Zaki Azeman. Cerita ini akan mula ditayangkan di saluran TV3 pada 5 JULAI 2023 ini. Adakah Obses akan menghantui kehidupan gadis berkenaan? Jom kita baca sinopsis drama obsesi dibawah ini ya.


Drama Obsesi



Sinopsis Obsesi Dia

Drama ini menceritakan tentang Affiyah. satu tragedi yang berlaku ketika hari jadinya yang ke 18. Dia terlihat satu pembunuhan kejam berlaku dihadapan matanya. Affiyah yang ketika itu dalam keadaan takut dibunuh, berjanji kepada pembunuh itu yang dia akan merahsiakan peristiwa itu dari orang lain.


Ibu Affiyah pula mendesak dia menceritakan apa yang berlaku. pada mulanya affiyah tidak mahu menceritakan perkara tersebut. Namun akhirnya menceritakannya juga kepada ibunya. 


Ibunya mahu merepot polis. pembunuh itu mendapat tahu perkara berkenaan lalu dia marah dan membunuh ibu affiyah. 


Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu. 


Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu. 


Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan? 


Info dan Pelakon


Memilik 15 episod kesuluruhannya dan mula ditayangkan pada 5 Julai 2023 ini. drama obsesi dia merupakan karya arahan Eoon Shuhaimi dan akan disiarkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah


  • Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah / Alliyah

  • Zaki Azeman sebagai Zacky

  • Drama Obsesi
    Ashraf Muslim sebagai Rizq

  • Fify Azmi sebagai Adelia Sofei

  • Alif Hadi sebagai Adam

  • Razman Mahayuddin sebagai Amir

  • Anies Hann sebagai Nura

  • Kak Girl sebagai Susan

  • Anne Abdullah sebagai Puan Leia

  • Natasya Mahyan sebagai Dr Flora

Nampaknya ramai yang tak sabar nak tengok drama ni kan. Sebab jalan cerita dia lain daripada yang lain dan sudah pasti barisan pelakon yang hebat membuatkan ramai yang nak tengok.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post