Cerekarama Calon Syurga

Cerekarama menarik, Calon Syurga mengisahkan tentang seorang remaja yang tidak dengar cakap ibu bapanya dan menyebabkan ibunya terkena stroke. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Norlia Ghani, dan Jalil Hamid. telefilem yang meruntun jiwa ini merupakan karya rashid sibir pasti membuatkan anda mengalirkan air mata. 


Cerekarama Calon Syurga


Sinopsis calon syurga

cerekarama ini mengisahkan Aliff. Dia seorang remaja yang degil dan sukar untuk mendengar nasihat ibu bapanya, Mak Tom & Pak Abu. Suatu hari, Aliff tidak pulang ke rumah untuk beberapa hari kerana bergaduh dengan Mak Tom. 


Bila dia balik semula kerumahnya, Aliff terkejut apabila melihat ibunya, Mak Tom sudah tidak mampu bergerak banyak kerana diserang angin ahmar. 


Namun, hati Aliff terbuka apabila melihat ibunya masih menyediakan keperluan rumahtangga seperti memasak dan sebagainya. 


Aliff mula berubah menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya sehinggalah muncul Dina, teman wanitanya yang mula cemburu dan benci akan tindakan Aliff yang masih mahu menjaga ibunya yang cacat. 


Dina mengugut untuk putus hubungan sekiranya Aliff masih tetap menjaga ibunya yang cacat. Aliff memilih untuk mencium bau syurga dengan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.


Info dan Pelakon


Cerekarama ini kali pertama ditayangkan pada hari sabtu 11 jun 2016 pada jam 10 malam. Ia merupakan arahan rashid sibir dan dibintangi pelakon calon syurga yang hebat seperti;


  • Shukri Yahaya

  • Norlia Ghani

  • Jalil Hamid

  • Nazrief Nazri

  • Puteri Octovia 


Review


Aku tulis review calon syurga ni sebab pernah tengok kali pertama tayangan dia. aku boleh katakan yang cerekarama ini sangat menarik dan mengetengahkan unsur-unsur kekeluargaan. betapa pentingnya seorang anak berbakti kepada ibu bapa berbanding kawan-kawannya yang lain.


Jadi kalau korang nak tonton certia ni, korang kena sediakan tisu lah. sebab lakonan pelakon dia memang mantap habis. rugi kalau tak tengok. selamat menonton!



Previous Post Next Post