Cerekarama Beruk Tok Ayah

Cerekarama ulangan, Beruk Tok Ayah menceritakan tentang seorang datuk yang hidup seorang diri selepas kematian isterinya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham dan Azhan rani.


Cerekarama Beruk Tok Ayah


cerita ini pernah beberapa kali ditayangkan. Antara tarikh tayangan beruk tok ayah ini adalah pada  14 Jun 2014, 13 Februari 2012 dan 13 Mac 2012. Untuk tahun 2023 pula, ia akan diulang siar pada 29 Julai ini.


Sinopsis Beruk Tok Ayah


cerekarama ini mengisahkan Tok Ayah yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. 


Comel dijadikan punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham sudah berkahwin dengan Junaidah  yang leka berjudi laga ayam. 


Dia cukup benci kepada Comel yang dianggapnya sebagai sial dan menjadi punca kematian ibunya serta punca Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka. 


Selain mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat Dalam masa yang sama dimusuhi Jusoh, seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya. 


Namun, Tok Ayah gembira apabila hidupnya dijaga baik oleh anak angkatnya Syukor  dan kekasihnya Lia Keadaan menjadi lebih teruk apabila Comel dibunuh. Siapa yang membunuhnya? 


Info dan Pelakon


telefilem atau cerekarama ini kali pertama ditayangkan pada 29 Julai 2023 pada jam 10 malam. Skripnya ditulis oleh MF Kencana dan di arahkan oleh Shuhaimi Lua.


Antara barisan pelakon beruk tok ayah ini adalah;


  • Wan Hanafi Su

  • Zamarul Hisham

  • Azhan Rani

  • Syafie Naswip

  • Intan Ladyana


Secara keseluruhannya cerita ini sangat menarik untuk ditonton seisi keluarga dan pasti ia membuatkan malam anda lembih best tau. selamat menonton.


Previous Post Next Post