Telefilem Secret Admirer

Telefilem melayu, Secret admirer ini mengisahkan tentang siri pembunuhan yang berlaku menyebabkan dua wartawan bersatu. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Janna Nick, Dini Schatzmann dan Izz Faeiz. Pernah ditayangkan pada 26 November 2022 pada Sabtu pukul 10 malam di saluran Astro Citra untuk slot Citra Exclusive.


Telefilem Secret Admirer


Sinopsis Secret Admirer

Cerita ini mengisahkan tentang dua orang wartawan yang bergaduh antara satu sama lain. Mereka kini terpaksa menyiasat mengenai siri kematian yang berlaku di sebuah daerah. 

Mereka perlu merungkai sama ada kematian itu adalah kerana jenayah atau bunuh diri. tambah memeningkan diri mereka apabila nama mereka turut disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

Dapatkah mereka merungkai siapakah di sebalik secret admirer tersebut? atau mereka akan terjerumus dalam permainan admirer yang tidak diketahui itu?


Info dan pelakon


Telefilem menarik ini pertama kali ditayangkan pada 26 november 2022 yang lalu dan akan ditayangkan semula pada 1 Julai 2023 di saluran astro citra. Cerita ini juga merupakan karya arahan Izuan Mokhtar dan skripnya ditulis oleh Tommy Loh. 

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah 

  • Janna Nick

  • Dini Schatzmann

  • Izz Faeiz

  • Ismail Yaacob

  • Ain Yasmin


Review

Disebabkan cerita ni aku dah tonton tahun lepas. Aku boleh komen yang cerita ni memang menarik sebab pelakon dia hebat dan mempunyai jalan cerita yang mantap. Yang paling penting misteri yang diorang kena selesaikan ni tak terlalu memberatkan fikiran korang. itu yang penting.

Bakinya, korang kena tonton sendiri cerita ni di saluran astro citra nanti ya. Selamat menonton!


Previous Post Next Post