Filem Menarik, Badi merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang sekumpulan doktor yang ditugaskan untuk memeriksa mayat seorang bidan yang penuh dengan misteri. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti  Adibah Yunus, Azwan Kombos. Hanif Safuan. Sharisa Haris dan Navilya Husna. Badi ini telah ditayangkan pada 15 Oktober 2015 dan diulang siarkan di saluran Astro CITRA.


Sinopsis Filem Badi


Sinopsis Badi

Filem ini mengisahkan tentang Joe, Faiz, Tania dan Kila merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar).

 Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. 

Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. 

Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Info dan Pelakon


Filem ini berdurasi 89 minit  dan merupakan filem asal dari Malaysia. filem badi ini merupakan filem arahan Eyra Rahman dan berikut merupakan senarai pelakon badi yang terlibat.

  • Adibah Yunus sebagai Sarah
  • Azwan Kombos sebagai Joe
  • Hanif Safuan sebagai Faiz
  • Sharisa Haris sebagai Tania
  • Navilya Husna sebagai Kila
  • Rashidah Jaafar sebagai Mek Nak

Review badi


Ramai yang dah tengok cerita ni dan mengakui yang filem ini sangat baik untuk ditonton oleh seisi keluarga kerana tidak terlalu berat.  Ditambah pula adegan seram itu sangat real dan menjadikan jalan cerita dia sangat real tau.


Jadi korang boleh tonton semula cerita ini di saluran astro citra tau.


Previous Post Next Post