Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih

Drama menarik, Kau Cipta Kasih merupakan sebuah drama yang diarahkan oleh Nazir Jamaludin dan skripnya ditulis oleh Azlina Din dan Azilah Wahab. Sebenarnya drama ini merupakan adaptasi novel kau cipta kasih yang ditulis sendiri oleh azilah Wahab.


Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih


Sedikit ringkasan drama kau cipta kasih mengisahkan tentang kehidupan keluarga di sebuah kampung yang dihuni oleh ahli keluarga yang toxik. Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Amanda Amry , Uyaina Arshad dan Nafiz Muaz.

Sinopsis Kau Cipta Kasih

Mengisahkan Samad dan Sabariah yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya.


Idris dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Siah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri.


Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Siah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya.


Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.


Hasnah, anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu.


Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih


Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu.


Khadijah, anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku.


Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq, anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka?

Info dan Pelakon

Drama asal Malaysia ini mempunyai 15 episod keseluruhannya dan kali pertama ditayangkan pada 13 Januari 2022 – 8 Februari 2022. Kini dia ditayangkan semula di saluran yang sama cumanya pada waktu petang tau. 

Antara barisan pelakon kau cipta kasih adalah seperti berikut;


  • Uyaina Arshad sebagai Khadijah

  • Nazim Othman sebagai Afiq

  • Fify Azmi sebagai Ramlah

  • Nafiz Muaz sebagai Idris

  • Amanda Amry sebagai Hasnah

  • Ikhram Juhari sebagai Haris

  • Sahronizam Noor sebagai Samad

  • Sherie Merlis sebagai Sabariah

  • Nynaa Harizal sebagai Nelly

  • Izuan Razali sebagai Rashid

  • Norlia Ghani sebagai Opah Siah

  • Numan Salleh sebagai Atuk Mat

  • Raja Syahiran sebagai Faisal

  • Mustapha Kamal sebagai Dato' Kamil

  • Marissa Yasmin Mariam sebagai Datin Ruby

  • Tash Yong sebagai Jarah

  • Naim Shamsol sebagai Azmi

  • Halimatussadiah Mohd Daud sebagai Nek Yam

  • Dilla Ahmad sebagai Piah

  • Maria Wati sebagai Limah

  • Zalfa Zin sebagai Hamidah

  • Trisha Ooi sebagai Adik Hamidah

Review


Sebenarnya cerita ni aku dah tengok dan menjadi faveret drama aku. review kau cipta kasih ini bagi aku merupakan drama kekeluargaan yang sangat kuat.

Si anak-anak diuji dengan kedua ibu bapa durjana. Si ibu tidak menyukai si anak-anak manakala si bapa pula bernafsu binatang termasuklah terhadap anaknya sendiri.

Akibat tidak tahan di hentak diherdik, maka si kakak lari dari rumah dan menghilangkan diri. Di sini kita nampak yang setiap orang mempunyai limit dalam bersabar. kalau kita dah sampai limit, memang banyak perkara pelik boleh kita lakukan.

Namun, di sebalik ujian yang dihadapi. ikatan kekeluargaan mereka semakin kuat dihujung cerita. Kasih dan rindu yang dicipta masih melekat dalam diri mereka. fuhh memang sedih tau kalau korang tengok cerita ni.

Aku tak mau cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pulak kan. hehe selebihnya korang tonton sendiri di TV3 tau. 

Post a Comment

Previous Post Next Post