Sinopsis Drama Diva Seroja

Drama Terbaru, Diva Seroja mengisahkan tentang kehidupan kumpulan pelajar wanita di sebuah sekolah yang penuh dengan drama. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Puteri Balqis, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvan, Amira Syahira dan Fasha Sandha.


Sinopsis Drama Diva Seroja


Cerita ni sedang hangat ditayangkan di saluran TV3 sejak 9 Jun 2023. Ia merupakan karya arahan Mohd Fazli Yahya.

Sinopsis Diva Seroja Di TV3

Drama Diva Seroja mengisahkan sekumpulan pelajar Tingkatan 4 di Private School, Sekolah Swasta Sri Seroja yang dikenali sebagai geng Ratu Emoji. Seperti remaja biasa, mereka juga cakna dengan kemodenan teknologi. Mereka semua merupakan pengguna aktif aplikasi pemesejan yang dikenali sebagai Besties.


Kehadiran guru baharu yang dikenali sebagai Cikgu Suzila (lakonan Fasha Sandha) telah membawa pembaharuan kepada hidup kumpulan gadis ini. Pada awalnya, Cikgu Suzila telah berasa terkejut dengan status kebudayaan sukma sekolah swasta it yang sudah tidak aktif bertahun lamanya.


Cikgu Suzila berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan kelab kebudayaan yang terkenal dengan persembahan tarian tradisional Melayu. Jadi, Cikgu Suzila ingin memujuk geng Ratu Emoji untuk menyertainya.


Misi Cikgu Suzila untuk memartabatkan kembali budaya dan tarian tradisional Melayu dalam kalangan pelajar sekolahnya bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya bersama kumpulan Diva Seroja.


Info dan Pelakon

TAJUK DRAMA : DIVA SEROJA

Drama ini mula ditayangkan pada 9 Jun 2023 dan ditayangkan pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9 malam. Berikut merupakan senarai pelakon diva seroja yang terdiri daripada ;

  • Puteri Balqis Ashikin sebagai Amanda
  • Harissa Adlynn Halim sebagai Maya
  • Amanda Tan sebagai Vivy
  • Kashika Selvam sebagai Shanty
  • Nur Amira Syahira sebagai Leyla
  • Fasha Sandha sebagai Cikgu Suzila
  • Nafiz Muaz sebagai Azlan
  • Shazia Rozaini sebagai Suzanne
  • Nasz Sally sebagai Cikgu Mariaton
  • Syazuwan Hassan

Review

Ramai yang tulis dan kkomen review diva seroja ni dengan komen yang baik dan dikatakan cerita ini mempunyai potensi untuk musim kedua pula nanti. Barisan pelakon juga sangat menarik walaupun masih muda tetapi mempunyai keyakinan yang baik dalam membawa watak mereka.

Akhir sekali, Dapatkah kita tengok kesudahan cerita ni? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post