Sinopsis Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

Drama terbaru, Budak Hostel Otaknya Sewel ini mengisahkan pergerakan seorang pelajar lelaki ke asrama budak perempuan kerana cabaran seorang rakan. Ia juga merupakan drama adaptasi novel budak hostel otaknya sewel tau. Dibintangi oleh pelakon baru seperti Tuah Adzmi, Izz Ilham dan ramai lagi. Drama ini akan menemui penonton tidak lama lagi di saluran Astro.


Sinopsis Drama Budak Hostel Otaknya Sewel





Sinopsis Budak Hostel Otaknya Sewel 


Drama ini mengisahkan tentang Borhan. Dia ni satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. 


Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.


Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. 


Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita.


Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!


Info dan pelakon


Drama ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Julai nanti. Diarahkan oleh Mr LABU, pelakon budak hostel otaknya sewel terdiri daripada


  • Tuah Adzmi sebagai Akhil

  • Izz Ilham sebagai Cupin

  • Baihaq Majid sebagai Mat Piah

  • Adam Eji sebagai Widad

  • Amelia Christie sebagai Zakiah Merican

  • Zarul Imran sebagai Borhan

  • Ahmad Amim sebagai Adam

  • Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial

  • Adzim Hariz sebagai Ghani

  • Amsyar Aziz sebagai Munawir

  • Aya Amiruddin sebagai Balkis 


Tak sabar pula nak tahu kesudahan cerita ni nanti kan. jangan lupa tonton budak hostel otaknya sewel nanti ya.

Previous Post Next Post