Sinopsis Cerekarama Kasih Seorang Ayah

Cerekarama menarik, Kasih seorang ayah yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa dan anak dalam menempuhi hari-hari terakhirnya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Shukri Yahya, Eman Manan, Mia Ahmad dan Amyza Aznan. 


Sinopsis Cerekarama Kasih Seorang Ayah


Kali pertama cerekarama ini ditayangkan adalah pada hari Sabtu, 29 Julai 2017, pukul 9.00 malam. 

Sinopsis Kasih Seorang Ayah

Cerekarama ini mengisahkan tentang Husin. Dia mendapat pekerjaan di tempat baru dan dia dikejutkan dengan kejadian yang berlaku kepada bapanya. Husin mendapat panggilan telefon daripada isterinya bernama Aminah. Isterinya memberitahu yang ayahnya telah hilang dan tidak pulang dari rumah selepas dia keluar sejak pagi hari.

Husin terkejut dan dia pulang untuk mencari ayahnya. Sampai kemalam masih tidak berjumpa. Husin nekad tunggu dirumah. Selang beberapa ketika, Kawan ayahnya membawa pulang ayahnya. katanya dia jumpa ayah husin sesat  dan lupa jalan balik.A

Husin bertambah hairan dan dia membawa ayahnya ke klinik untuk di periksa oleh doktor. Kata doktor, ayah husin telah hidapi penyakit Alzheimer. Bermulalah episod yang mencabar bagi Husin sekeluarga. 

Husin menghantar ayahnya ke rumah orang tua. Dapatkah dia menjaga ayahnya itu?

Info dan Pelakon

Telefilem kasih seorang ayah ini pertama kali ditayangkan pada hari Sabtu, 29 Julai 2017 pada jam 9.00 malam. Ia akan disiarkan semula pada 17 June 2023 di saluran yang sama.

Karya ini merupakan karya arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamarudin dan skripnya ditulis oleh Sham Hashim. Berikut merupakan senarai pelakon kasih seorang ayah

  • Shukri Yahaya

  • Mia Ahmad

  • Eman Manan

  • Datuk Ahmad Tamimi

  • Amyza Aznan

  • Azlan Komeng

  • Halimah Alias

Dapatkah kita lihat si anak berkorban menjaga si ayahnya yang sakit ini? Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. Aku terlepas tayangan first dulu jadi aku akan tengok pada tayangan kedua ini nanti.


Previous Post Next Post