Filem Anak Halal

Filem, Anak Halal ini mengisahkan tentang seorang penjenayah besar yang diburu oleh polis dan dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada orang lain. Pelakon anak halal ini terdiri daripada Rosyam Nor, Fasha Sandha dan juga Maya Karin. Filem arahan Osman Ali ini ditayangkan kali pertama pada 13 Disember 2007 di semua pawagam di seluruh Malaysia.


Filem Anak Halal


Sinopsis Anak Halal

Filem anak halal ini mengisahkan tentang seorang penjenayah, Hisyam (Rosyam Nor) sedang diburu polis atas kesalahan jenayahnya. 

Dalam kekalutan untuk menyelamatkan diri dan nyawa anaknya, beliau terlihat akan seorang perempuan sakit jiwa bernama Mariam (Mislina Mustaffa) tinggal di lorong tersebut lalu menyerahkan bayinya kepada perempuan itu. 

Hisyam akhirnya diberkas polis selepas berlaku kejadian tembak-menembak. Mariam akhirnya membesarkan anak tersebut dan memberikan nama Inderaputera. 

Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna (Maya Karin) (Jo) seorang gadis ‘tomboy’ yang dalam diam menyukai Putera. 

Namun, kebahagiaan Putera bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.

Putera kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putera dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. 

Putera dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putera bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.

Manakala, Erzan dan Milya pula adalah antara sahabat rapat Putera dan Jo. Mereka menyara hidup dengan menjaja burger. Bersama Danial  dan Shah, mereka melalui perit getir dalam kehidupan di kota metropolitan ini.

Apabila kehadiran Amira Atikah (Fasha Sandha), seorang remaja yang mempunyai masalah denga najis dadah, hadir dalam hidup mereka. 

Kehadiran beliau memberi satu warna baru buat Putera, yang mula ingin mengenali apa erti cinta. Keadaan semakin kusut apabila Erzan terpaksa menanggung beban hutang keluarganya dari Tajul (Zul Huzaimy). 

Beliau sering diganggu oleh pembantu Tajul iaitu Jeff (Fauzi Nawawi) dan Lut (Fizz Fairuz). Tindakan Erzan yang terpaksa mengedar dadah untuk melunaskan hutang keluarganya dengan Tajul. Ini membuatkan Putera berasa marah dengan tindakan Erzan. 

Situasi menjadi cemas apabila Tajul mendapat tahu akan barang yang diambil oleh Ijam (Jehan Miskin) untuk diedar telah diambilnya. 

Tajul memburu Ijam dan Erzan dan membunuh Ijam atas kesalahan beliau. Tajul meminta Erzan memberikan semua dadah yang ada padanya.

Pada hari dimana Erzan ingin memmulangkan dadah yang ada padanya, beliau telah ditembak mati oleh Jeff dan Lut. 

Putera bersama Shah mengejar mereka tetapi tidak berjaya apabila mereka mempunyai senjata api. Langkah drastik diambil oleh Putera setelah kematian Amira Atikah akibat najis dadah. 

Filem Anak Halal


Beliau membuat keputusan untuk memburu Tajul dan rakan atas kematian orang yang Putera sanyangi. Hasilnya, Jeff telah mati ditikam dan Putera menyerang mereka sehingga ke tempat tinggal Tajul.

 Hisyam yang telah bebas dari penjara dan masih meneruskan kegiatan gelapnya, menyuruh Tajul menghabiskan apa yang telah beliau mulakan.

Tajul berjaya menangkap Putera tetapi mati ditembak Johanna. Selepas mencari petualang yang menyebabkan hidupnya huru-hara, beliau akhirnya terjumpa dengan ayahnya, Hisyam dan ibu angkatnya, Mariam. 

Pertemuan itu akhirnya membawa tragedi apabila Putera tertembak bapanya sendiri. Mereka melarikan diri setelah Lut membawa lebih ramai orang untuk memburu Putera dengan rakan-rakan. 

Putera, Mariam dan rakan-rakannya melarikan diri dan akhirnya mereka diberkas polis.

Info dan Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak anak halal yang terdiri daripada;

  • Farid Kamil sebagai Inderaputra
  • Maya Karin sebagai Johanna
  • Fasha Sandha sebagai Amira Atikah
  • Adi Putra sebagai Erzan
  • Bront Palarae sebagai Daniel
  • Remy Ishak sebagai Shah
  • Raja Farah sebagai Milya
  • Zul Huzaimy sebagai Tajul
  • Fauzi Nawawi sebagai Jeff
  • Fizz Fairuz sebagai Lut
  • Jehan Miskin sebagai Ijam
  • Rosyam Nor sebagai Hisyam
  • Mislina Mustaffa sebagai Mariam
  • Kartina Aziz sebagai Bu Leha
  • Aziz Sattar sebagai Pak Ali
  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Farid
  • Shah Kimin sebagai Shah (pelakon tambahan)

Review Filem Anak Halal

Keseluruhan filem ini boleh dikatakan menarik. Osman Ali berjaya menarik perhatian penonton dengan memaparkan kehidupan anak-anak jalanan yang membesar di lorong-lorong dengan begitu baik sekali. 

Dari segi lakonan, pujian harus diberikan kepada Maya Karin, yang berjaya merubah personaliti beliau untuk menjiwai watak Johanna. Lakonan Fauzi Nawawi boleh diberi pujian atas keberkesanan membawa watak jahat yang gila-gila, bersama Fizz Fairuz. 

Zul Huzaimy Marzuki berjaya membawa watak ketua orang jahat. Walaupun sedikit pergerakan dan kurang penampilan watak dalam filem ini. Kita boleh merasa kejahatan yang dibawa oleh watak beliau.


Previous Post Next Post