Sinopsis Telefilem Isteriku Cikguku

Telefilem menarik, Isteriku Cikguku ini mengisahkan percintaan seorang guru dan anak murid di sekolah sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Syafiq Kyle dan Izara Aisyah. 


Sinopsis Telefilem Isteriku Cikguku


Sebenarnya telefilem isteriku cikguku ini pernah ditayangkan pada 29 April 2017 yang lalu dan akan disiarkan semula pada tahun 2023 ini.

Sinopsis Isteriku Cikguku

Telefilem ini mengisahkan tentang Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. 

Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. 

Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. 

Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Info dan Pelakon

Pengarah telefilem ini adalah Along Kamaludin dan merupakan idea asal Muhammad Nor Zaidy Abdullah. berikut merupakan senarai pelakon isteriku cikguku iaitu Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Azlan Mokhtar, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris dan Sabhi saddi.

Kalau korang belum tengok jangan lupa tonton semula di saluran TV3 ya.


Previous Post Next Post