Sinopsis Drama Kampung Mat Saleh

Drama terbaru, Kampung Mat Saleh ini mengisahkan tentang lelaki tempatan yang mengalami kemalangan dan menyebabkan dia mampu bercakap bahasa inggeris dengan lancar. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Kazar Saisi dan Wanns Ahmad.


Sinopsis Drama Kampung Mat Saleh


Cerita ini mula ditayangkan pada 18 Mei 2023 dan korang boleh tonton kampung Mat Saleh ini di saluran TV3 tau


Sinopsis Kampung Mat Saleh

Drama ini mengisahkan tentang Faial yang bekerja sebagai seorang despatch di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Dia juga mempunyai kekasih hati bernama MIMI. Satu hari, Bos nya meminta dia ke Utara tanah air untuk menghantar bungkusan penting.

Masa dalam perjalanan dia mengalami kemalangan dan selepas itu dia hilang ingatan. Bahkan dia juga dapat bertutur dalam bahasa inggeris dengan lancar tau.

Dia yang tak tahu nak pi mana, tetus terjumpa sebuah kampung. Di sana, orang kampung panggil dia mat salleh sebab rupa dia macam orang sana. Nama panggilannya juga nama Salleh.

Faizal yang boleh bercakap bahasa inggeris itu umpama satu kebahagian buat penduduk kampung. sebenarnya mereka mengharapkan ada orang yang boleh mengajar mereka Bahasa Inggeris kerana mereka ingin menyertai pertandingan choral speaking.

Namun, kebaikan faizal juga membuatkan segelintir penduduk kampung tidak menyukainya. Dapatkah Faizal mencari jalan untuk dia dapat kembalikan ingatan dia atau sebaliknya? 

Info dan Pelakon.

Drama ini mempunyai 20 episod dan mula ditayangkan sejak 18 Mei yang lalu. waktu tayangan dia adalah pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6 pm. Pelakon kampung mat saleh ini teerdiri daripada; 

  • Aiman Nasir Wynne sebagai Saleh / Faizal
  • Nelissa Nizam sebagai Zana
  • Wanna Ali sebagai Bedah
  • Kamarul Eqif sebagai Bulat
  • Fathil Dani sebagai Penghulu Ali
  • Kazar Saisi sebagai Tuan Shakur
  • Amy Nurtinie sebagai Mimi
  • Baelon sebagai Baelon
  • Izzul Faiq Zuhairi sebagai Sir Roy
  • Mazlee Razalee sebagai Che Din
  • Ieda Moin sebagai Mak Cik Restoran

Manakala Pengarahnya pula adalah Hashim Rejab dan skripnya ditulis oleh Azal Ezreen. Tak sabar nak tengok kesudahan cerita ini. Setakat ini aku boleh katakan drama ini sangat santai dan rileks untuk ditonton pada waktu petang.

Kalau korang terlepas, boleh layan di Disney+ yer. Selamat menonton!


Previous Post Next Post