Sinopsis Drama Hijrah Jannah

Drama Terbaru, HIJRAH JANNAH mengisahkan tentang seorang gadis yang melalui mimpi ngeri selepas masuk islam dan selepas dia berkahwin. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Remy Ishak, Daniella Sya dan Puteri Sarah Liyana. Drama ini mempunyai 40 episod dan akan ditayangkan mulai bulan 5 Jun 2023 ini. 


Sinopsis Drama Hijrah Jannah



Pengarah hijrah jannah adalah Feroz kadir dan ia akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 petang di Astro Ria. Penulis skripnya pula adalah Azzu Roslan.

Sinopsis Hijrah Jannah

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang masuk Islam dan kehidupannya berubah selepas berkahwin.

Janet berkahwin dengan Syawal dan menggunakan nama Jannah. Dia yang masuk islam untuk berkahwin terpaksa melalui fasa sukar apabila dia dibuang oleh keluarganya selepas memeluk islam.

Bertambah buruk lagi apabila ibu mertuanya Puan Sri Rafidah juga mahu menyiksa hidup Janet. Ada sahaja kesalahan janet.

Kemuncaknya, Ibu mertuanya itu meminta suaminya berkahwin lagi satu dengan seorang gadis pilihan keluarga mereka iaitu Munirah.

Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri barunya itu adalah seorang yang berpura-pura baik sahaja.

Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan diantara Syawal dan Jannah.

Demi mendalami agama barunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri (Ezaidi Aziz), salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu.

Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

Senarai Pelakon Hijrah Jannah

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak dalam hijrah jannah ini ya.

  • Remy Ishak sebagai Syawal
  • Daniella Sya sebagai Jannah 
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Munirah
  • Hanna Halim sebagai Zahra 
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Erynn Abdullah sebagai Medina
  • Ady Mohammad sebagai Ikram

Tak sabar nak tengok kesudahan cerita ini apabila ia ditayangkan nanti. Jangan lupa untuk saksikan drama ini mulai 5 jun nanti ya.

 

Previous Post Next Post