Biodata Nora Danish Presiden Netizen Big Stage 2023

Biodata Nora Danish Presiden Netizen Big Stage 2023. Kemunculan Nora danish di big stage baru-baru ini agak mengejutkan apabila dia akan membacakan komen netizen untuk big stage 2023 ini. Sudah pasti harapan dan juga permintaan tinggi dari netizen agar komen mereka di baca. Tapi korang dah baca ke biodata  pelakon nora danish ni? kalau belum boleh baca di bawah


Biodata Nora Danish Presiden Netizen Big Stage 2023



Biodata Nora Danish Puteri

Nama penuh Nora Danish adalah Nora binti Mohd Danish Hanif dan dia dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Menetap di KL dan kini sudah menjangkau usia 37 tahun. Bapanya bernama Mohd Danish Hanif dan ibunya bernama Salimah Talib. Nora juga merupakan anak bongsu dari 4 beradik.

Dia pernah mendapat pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang, Selangor. Mendirikan rumah tangga dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang juga anak sulung kepada bekas Speaker Parlimen Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006. 

Perkahwinan itu diserikan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Mereka bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada awal Julai 2008.

Pada 30 Mac 2017, Nora bergelar isteri kepada Nedim Nazri, anak bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Mereka dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Bagi korang yang nak follow instagram Nora, boleh follow instagram nora danish untuk update tekini dari pelakon terkenal ini.

Karier

Nora  danish mula berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2005 dan sejak itu sudah banyak karya lakonannya ditayangkan di TV.

Antaranya adalah

  • Gila-Gila Pengantin Popular
  • Jangan Pandang Belakang Congkak 2
  • Polis EVO
  • Surga yang Tak Dirindukan 2 
  • Bukan Cinta Malaikat.
  • drama Puteri, Gadis Cuci (Musim 1)
  • Khurafat The Series
  • Mak Cun 
  • Bahagia Bukan Bidaan. 
  •  telefilem Celak Pak Andam
  • Cikgu Timah Sekolah Bandar
  • Lampu Merah
  • Kuntom 

Semoga kehadiran nora danish dapat membantu peserta big stage musim ini dalam persembahan mereka.

Previous Post Next Post